|copyrightreserved | owner:FARAHATIQAHAHMADFOZEE | www.farahatiqah.blogspot.com |

Monday, June 15, 2015

Ambition

Bismillah,

Lama tak update hoho

Jadi kita cerita sikit la.

Dulu, bila saya kenal apa itu tarbiah,
saya ada satu cita cita.

Bila lepas PLKN,
saya masuk Lendu.
perkara pertama dalam lendu, saya cari usrah.

sebab lepas PLKN,
mana ada orang guide.
jadi orang cakap dengan saya,
"hang nak kuat dalam gerabak ni, hang kena jugak cari usrah."

bila masuk Lendu saya jumpa Usrah.
memang hebat lah usrah ni saya cakap,
if tak buat memang rindu.

bila dah setahun,
saya mula terima course yang saya ambil disebabkan saya di polish dalam usrah,
sebab cita cita dari sekolah nak jadi doctor.

saya pun tak faham mula mula kenapa saya tolak tawaran pergigian.
saya terima tesl ni hah.
setengah tahun belajar dalam tesl, saya still nak jadi doctor.
if orang kata bahasa mudahnya
"aku memang tak minat nak mengajaq"

tapi, benarlah orang kata.
hikmah tu akan muncul dari pelbagai arah.
dan belum tentu benda kita minat terbaik untuk kita.
saya nampak saya punya diri bila mengajar
di sebuah sekolah di Melaka.

bila jumpa dekat pekan Alor Gajah,
anak murid tegur. seronok jangan cakap.


satu hari, sahabat baik saya leen tanya saya.
beliau ambil medic jadi saya jealous la.

"Dengar dah ka pasal gaza?"

saya memang aware. tapi bantu ala kadar.
jadi
saya cakap dengan dia. kita ada misi besar ni.

'esok farah jadi cikgu, leen jadi doctor. leen rawat budak budak gaza, farah ajar budak budak gaza.'

itu cita cita kami. dia setuju.

tapi bila lihat education hari ini,
saya cakap dengan diri saya.
you need to do something about this.

jadi saya cuba faham apa yang kurang dengan budak budak ni.
acewah tengok diri sebenarnya sebab orang kata saya budak budak. Eh!

jadi daripada analysis saya,
saya ada satu lagi cita cita.

nak inspire others.

waktu mengajar dekat Melaka tu,

kami main game paper plane.
game ni dalam paper plane masing masing
mereka kena tulis cita cita mereka.
saya pun kena tulis sama.

jadi saya tulis 'to inspire others'

bila dah siap semua. semua orang kena terbangkan paper plane mereka.
dan semua bagitahu cita cita masing masing.

saya sangat terharu.
ada nak jadi doctor,
ada nak jadi engineer semua ada.

tiba tiba seorang student indian dapat kertas saya.

dia tengok saya.
dia kata "tengok teacher pun saya dah inspire."

saya gelak, budak ni nak buat pickup line letteww.

saya buat macam usrah. semua orang kena kenal masing masing dulu.
bila dah kenal baru dah cinta  tahu.

saya cerita macam macam dekat mereka.
macam mana life ni yang sebenar.

sebenarnya saya cerita macam mana saya dulu dekat plkn.
but basically tajuk dia "How God has changed someone's life?"
takdalah saya sebut nama saya. but the stories are real.

orang lain main game macam macam tepuk tepuk la apa lah.
tapi saya cakap dengan partner saya,
kita banyakkan mereka (students) ni berfikir.
jangan ikut yang lain.

jadi cerita punya cerita.
mata mereka berair.

saya tak tanya. sebab saya sangat faham satu perkara
"bila orang nak menangis ni toksah tanya satgi habis banjir."

seorang budak perempuan peluk saya.
jujur, saya sangat terkejut.

'thank you teacher'.

saya senyum.
bila nak balik tu.
saya asyik terima pelukan ni dari students haha

saya still tak faham.
saya cuma cakap yang Tuhan takkan burden kita dengan something yang tak mampu.
and saya hurai benda tu.
apa yang emotional nya? tanya saya. time tu la.

tiba tiba cikgu sekolah tu cerita dengan saya.
setiap yang peluk saya tu semuanya ada masalah keluarga.

lalu saya teringat satu cita cita student saya.
saya nak jadi doctor.
nak rawat orang.

saya tanya dengan cikgu tu.
and she told me his story.
where his mother sakit and all.

saya senyap.
saya pesan jangan nangis.

tapi bila dah peluk cikgu tu dan lecturer saya.
merembes air mata keluar.

bukan sebab apa,
sebab saya mula faham setiap senyuman yang mereka tunjuk.

symbol of hope.

saya beri number saya pada mereka.
mana lah tahu ada yang rindu saya. ahaha

dan lepas habis semua.
ramai yang text saya.

sampailah saya terima
satu message dari that Indian boy.
saying thank you and all.

dia pesan dengan saya keep spreading love and continue to inspire others.

saya tatap screen phone saya.

nak menangis rasa.

saya conclude, mungkin itu yang cikgu cikgu rasa.

and it's true, indeed He is the best Planner,
and He let us meet different people in our life,
to bring us closer to Him.
to make sujood and understand why He gave all these.

He made me understood that each of us do struggle everyday.

jadi itu ja.
kbye.

Pesan kak murni dengan saya,
hari hari kena cari sebab untuk jatuh cinta dengan Allah.

Lots of love,

Friday, September 26, 2014

Aku yang sebenar ?

Bismillah.

Melihat kelilingku mengajarku erti Islam yang sebenar.

Ada yang mengajarku soal pentingnya agama.

Ada yang mengajarku soal pentingnya berlapang dada.

Ada yang mengajarku erti mencari redha itu tidak semestinya hanya di tikar sejadah.

Ada yang mengajarku erti pentingnya sabar.

Ya, tempat baruku ternyata jauh sekali dengan tempat lamaku.

Environmentnya lebih kepada into a real world.

Ya, world.

Sungguh mengasyikkan bagi jiwa jiwa yang rapuh imannya.

Jujur kukatakan.

Setiap hari aku bermujahadah dengan diriku sendiri. 

Kerana apa.

Kerana aku juga manusia. 

Adakalanya mataku lansung tak dijaga, adakalanya hatiku turut direbak syaitan, adakalanya mulutku asyik bergelak ketawa, adakalanya tanganku bebas melakukan apa apa, adakalanya kakiku membawaku ke tempat tak sepatutnya dan macam macam lagi.

Ya. Itu aku.

Masih mencari redha Dia. 
Ku pohon rahmatNya.

Moga aku diberi hidayah melalui orang yang aku lihat, ketemu, dan begitulah sebaliknya moga aku juga merupakan salah seorang hambaNya yang terpilih untuk menjadi asbab orang lain kembali kepada fitrah.

Aku yang menulis, aku juga yang akan diuji. Moga Allah swt pelihara semuanya. ameen. 

Monday, September 22, 2014

Menjauh?

Bismillah.

Orang kata saya menjauh.
Iya ka?

Cuma Dia yang tahu bagaimana saya struggle dgn diri sendiri hari hari.

Ya.
Cuma Dia yang tahu.