|copyrightreserved | owner:FARAHATIQAHAHMADFOZEE | www.farahatiqah.blogspot.com |

Monday, April 29, 2013

Oh Allah, thank you


Assalamualaikum ,
wahai pemilik hati hati emas :)
untuk berbicara soal ini memang jauh sekali la kan,
tetapi SAHABAT ITU SALING MENGUATKAN :')

Alhamdulillah, betullah, bila kita nak berubah Allah swt hantar orang yang baik baik dengan kita, dan salah seorangnya ialah cik adik manis , raihan aqisha :)
pagi haritu buka insta, and read her very long comment :)
thank you raihan, uhibbuki fillah abadan abada :)



SELINGAN JE SEBENARNYE NI --'hahaha


wahai sahabat sahabatku,
maafkan sekiranya cara ini terlalu direct buat mu,
namun aku terpaksa jua kerana ini merupakan amanahku,
bukan aku sahaja, namun dirimu jua,
bukan dirimu dan diriku sahaja, namun seluruh umat Islam,
aku ini khuatir andai diri ini masih lagi jauh denganNYA,
aku hanya mampu berdoa diberi kekuatan untuk terus beristiqamah,
walaupun diperli, diketawakan, diherdik, ditanya berjuta soalan,
ya, aku hanya mampu berdoa diberi kekuatan.
sahabatku,
terus terang ku katakan, aku tidak layak untuk mengatakan ini kepadamu,
namun aku PERLU,
sahabatku,
peliharalah auratmu sebagaimana yang kau katakan,
"I love my day and my brothers",
sahabatku,
peliharalah hubunganmu dengan Penciptamu sebagaiman yang kau katakan,
"My religion is Islam"
sahabatku,
peliharalah dirimu dari fitnah dajjal dan fitnah manusia :')
Diri ini memang terkadang tersungkur, terkadang tergelincir, namun bangkitlah
wahai sayang sayangku sekalian,
berubahlah sayang sayangku,
ingatlah,
ALLAH SWT SEDANG MENANTIMU, :)
tidak pernah sekalipun DIA berpaling darimu,
cuma DIA hanya minta satu,
beriman la kepadaNYA dan RasulNYA dan jadikan kalamNYA sebagai penghubung di antara kalian,

sahabatku,
aku terlalu sayang akan dirimu,
berubahlah wahai sayangku,
jadikan dirimu bak permata yang paling mahal di dunia,
jadikan dirimu bagai mencari sehelai rambut di dalam dedaun pokok,
jadikan Al-Quran itu sebagai surat cintamu,
mulanya terus terang ku katakan,
hijrah ini agak susah kerana ingat setiap hijrah itu perlukan pengorbanan,
kalau nak exams kita boleh berkorban tak tengok tv, tak on FB, tak keluar outing,
tapi sahabatku,mengapa tidak pada jalan ALLAH SWT?
Allah swt itu menantimu kembali kepadaNYA,
dan untuk sampai kepadaNYA memang mencabar kerana Iblis itu tidak suka melihat salah seorang "saudaranya" kembali kepada Allah swt,
namun ingatlah sahabatku sayang, Allah sedang menantimu,
Allah itu penolongmu, serahkanlah hatimu kepadaNYA,
in shaa Allah, dijaga olehNYA dengan rapi sampai suatu saat nanti akan DIA serahkan kepada orang yang turut memberikan hati mereka kepadaNYA,
sahabatku,
Diri ini juga belum sempurna,
namun ini peringatan buatmu dan juga diriku sendiri,
Aku tidak mahu kita merangkak ke syurgaNYA,
aku mahu kita sama sama berlari,
untuk capai ke tahap itu , aku tahu ianya susah,
namun, aku percaya,
ALLAH SWT itu Maha Penyayang,
aku juga sepertimu dahulu,
TERGELINCIR di dalam jurang jurang yang silap,
mungkin terlalu awal untuk aku meng-post mengenai ini,
namun ketahuilah,

"Sahabat itu saling menguatkan",

Jangan risau sahabatku, dalam penghijrahan itu,
kamu tidak akan keseorangan,
Allah swt tahu kekadang kita perlukan teman, lalu
DIA hantar kita orang yang baik baik,
sebagai satu guideline kita untuk menjadi lebih baik,
sahabatku,
Islam mengajar apabila melihat pelaku maksiat, kita tidak boleh menghina kerana hidayah itu milik ALLAH swt, Allah swt tahu apa yang terbaik buat dirimu, perlahan lahan dirimu akan sedar,
"Ya Allah, jauhnya aku denganMU :'( "
dan waktu itu mana tahu dirimu akan menjadi lebih baik dariku dan sahabat yang lain di luar sana,
sahabatku,
cuma satu pesananku,
ingat,
jadikan Allah swt itu yang satu,
cintai Rasulullah,
Al-Quran surat cintaMU,
dan
andai dirimu perlukan diri ini menemanimu dalam perjuanganmu, aku volunteer :)
kerana sahabat itu saling menguatkan :)

Ya Allah, lindungilah ukhwah yang kami bina ini dengan payung rahmat dari ILLAHI :)
oh Allah, terima kasih :')
Assalamualaikum,
jaga diri, jaga iman, jaga segalanya,
lots of love,

Saturday, April 27, 2013

ALLAH ALLAH ALLAH



mencuba sahaja --'

 Assalamualaikum cik adik cik adik dan cik akak cik akak yang mencari cinta Illahi , 
sihatkah imanmu hari ini? :')

Alhamdulillah, this morning Farah bru sahaja selesai interview dekat UiTM :)
Alhamdulillah Allah Allah Allah ,
dipermudahkan segalanya hari ini, 
dilancarkan hari ini :)
Ya Allah, lembutkan hati interviewers tersebut :')

Alllah Allah Allah,
kuatkanlah hati ini di jalanMU,
Allah Allah Allah,
kuatkanlah hati ini mencari redhaMU,
Allah Allah Allah,
Istiqamahkanlah diri ini,
Allah Allah Allah,
Temukanlah kami di syurgaMU,
Allah Allah Allah,
haramkanlah ibu bapa kam disambar api nerakaMU, masuklah mereka ke dalam syurgaMU tanpa hisab,
Allah Allah Allah,
ajarilah hati ini erti redha dengan segala yang telah Engkau tetapkan,
Allah Allah Allah,
ikhlaskan la kami dalam melakukan ibadahMU,
Allah Allah Allah,
KEMBALIKAN lah hati kami kepadaMU,
Wahai tuhan yang membolakkan hati kami, 
berilah kami kekuatan dalam menghadapi ujianMU, 
tetapkanlah hati kami dengan agamaMU,
tetapkanlah hati kami agar sentiasa mengigatiMU,
peliharalah iman ini agar tidak rapuh,
peliharalah aib diri ini,
berilah kami rezekiMU,
Allah Allah Allah :)

Bersyukurlah kamu :')

take your time to listen out my songs here :)

assalamualaikum,
jaga hati, jaga iman, jaga segalanya,
lots of love,


Thursday, April 25, 2013

Redha Allah swt :)



assalamualaikum wahai pemilik hati hati emas di luar sana :)
apa khabar imanmu hari ini? :')

baiklah anak anak sekalian --' okay i'm the grandma over here okay.
hari ini kita belajar tajuk redha Allah itu terletak pada redha ibu bapa :)

ibu bapa? 
siapa tu?
orang yang kita tindas? orang yang kita hina? orang yang kita jijik melihatnya? orang yang kita benci?
orang yang apabila mereka bersuara kita menyampah? orang yang apabila kita time subuh ja ada ja suara yang membingit di telinga ni?
atau orang yang apabila kita lihat muka dia kita rasa macam nk bunuh?
atau orang yang apabila kita minta duit dia tak dapat kasi kita herdik dia kita hina dia?
atau kita sedar yang actually mereka ialah ibu bapa kita ? yang mana 1 pilihan anda?
sedar atau tak,
kita sendiri tengah terfikir yang mana --'

Ibu bapa itu ialah agent agent yang Allah swt latih dan practice kan untuk lahirkan kita dekat dunia ni, kalau nk di ceritakan balik zaman kita kecik kecik dulu hah, kita ni berebut rebut dengan kawan kawan yang lain nak msuk dalam ovum tu hah, susah ohh nk masuk sebab hanya yang terpilih saja yang dapat masuk dan hah tengok KAMU LA YANG BERTUAH TU! *tepuklah tangan sikit, ahaaha dalam berjuta juta tu dipilihnya kamu sebagai warisnya :) hah, nampak tak? pengorbanan ibu bapa itu sangatlah besar kalau nak dibandingkan dengan kita yang kerja berebut nk msuk dlm ovum dulu dulu tu ? --' tu pun ada lgi yang sanggup buang ibu bapa :'| sayu hati kawe lihatnya ;'(


Raihlah redha ibu bapa kalau kita nak redha Allah swt :) KENAPA MACAM TU? eh eh Allah swt tu lagi power dari manusia? kenapa pulak? ya ya, mmg Allah swt itu lagi power yang macam awak ckp tapi ya, ibu bapa itu macam Farah ckp , mereka ni agent agent yang terpilih :) sebab tu la darjat ibu bapa ni tinggi hah, :) *minta rujuk cikgu agama masing masing, nak meng-explain mmg berblog blog la, hahaa. walaupun kita tgh solat sunat, bila mak panggil, kita tak menyahut, dan mak kita kecil hati, dan terlintas dkt hati mak kita " anak aku ni teruk betul, sampai hati tak sahut." hah, bila seorang ibu itu mula berkata kata sedemikian, maka cepat cepatlah minta maaf dengan ibu anda, sebab yang kita solat tu solat sunat, saya pun kurang arif bab bab ni, tapi itulah yang disampaikan oleh seorang ustaz :) dan ada juga Farah belajar, kalau sehari kita tak doakan ibu bapa kita boleh jatuh hukum anak derhaka, NAUZUBILLAH, jauhkan kami dari golongan itu :'(

so kepada yang di luar sana, yang sering lagi tercari cari redha Allah, 
raihlah redha ibu bapa mu terlebih dahulu, 
mereka sayang kamu, :)
minta maaf dengan mereka  cepat :D
go go :D

Ya ALLAH,
kau berikanlah aku kekuatan untuk meminta maaf sekiranya diri ini menyakiti orang lain,
dan kau berikanlah aku juga kekuatan untuk memaafkan orang lain apabila diri ini pula disakiti `:')

Tips yang Alhamdulillah, setakat ni Farah gunakan alhamdulillah,
senyumlah apabila disakiti :)


amalkan doa atas ni :D in shaa Allah, kekuatan tu datang :)


jangan jadi macam Farah, :)
tunggu lagi --' seandainya ada kesilapan di sini :D maafkan saya :D tanyalah yang lebih arif mengenai hal hal ini :') 
doakan ibu bapa anda :D

Assalamualaikum,
jaga diri , jaga iman, jaga hati ,
lots of love :)
farahatiqah :D



Tuesday, April 23, 2013

Assalamualaikum wahai pemilik hati hati emas di luar sana,
apa khabar imanmu hari ini? apa khabar hatimu? dan apa khabar dirimu? :D


nampak quote di atas ? :) 
hmm itulah Farah right now :D kebaboommmm

Alhamdulillah, Farah terpilih dalam menghadiri interview di Uitm :D hoyeahh mesti bila ada org baca ni akan cakap ; INTERVIEW JE PUUUUUUNNNNNNNNNNNNN.BELUM TENTU DAPAAAATTTTTTT. haha confirm :) just so you know dapat interview pun I dah wahhhhhhh. hahah nak prepare myself for that ja, hopefully dapat :) This course mama yang nak, so I would try my best to make her happy :') tapi kalau dapat course yang Farah suka dekat U lain, hee bakal berbincang dengan mama la jawabnya :D Mudah mudahan dipermudahkan segalanya nanti :)
in shaa Allah, Amin :')

dan hmm agak menyedihkan sebab hasrat nak belajar ke mesir tu tidak tercapai :/ mungkin ada hikmah di sebalik nya, sangat sedih sebenarnya. sangat sangat sedih ;'( 
Ya Allah, kuatkan hati ini :)
tak tahu la nak cakap mcm mana, setakat ni semua yang Farah minta cuma yang ini ja yg dapat, Allah swt itu lebih tahu apa yang terbaik buat diriku :) Terima kasih Ya Allah kerana menjaga hamba hambaMU ini :') 


Bagi yang di luar sana,
jangan bersedih yeah, senyum :D
Farah pun boleh senyum takkan korang tak boleh? :')

La tahzan innallaha ma'ana

OKAY SEMUA ORANG? :)

ingat tau, Allah swt dah janji dah kita semua ada kejayaan cumanya ada masa tertentu :) jangan cakap dirimu bodoh dan sebagainya, Allah swt ciptakan semua org itu pandai cumanya berbeza kepandaian, boleh jadi Farah tak dapat medic sebab kalau Farah pergi belah medic hah kelaut jadinya, boleh jadi kamu dapat spm bukan straight As satu hari nnti jadi menteri, boleh jadi jugak kamu seorang penjual ikan tapi satu hari nnti kamu jadi pmbekal ikan ikan ke luar negara? Ingat, selagi kita masih hidup ni, bersangka baiklah dengan tuhanmu kerana DIA itu perancang yang terbaik buat kita :) 


buka surat cintamu, dan carilah surah Al-Baqarah ayat 216 :)

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu ; Allah swt mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui."




assalamualaikum,
jaga diri, jaga iman, jaga solat,
lots of love,

Sunday, April 21, 2013

Bila kita pandang orang lain,



Assalamualaikum dan selamat malam semua sekali :) 
hope semuanya baik baik belaka :D harap imannya masih mantap :) 
harap perjuangan masih segar :) 
harap akal itu masih mampu membezakan hak dan batil,
harap hati itu masih lagi hati emas :)
harap hati itu masih kekal milik ALLAH SWT :)
harap hati itu masih terdetik rasa untuk kembali mengejar cintaNYA.
harap hati itu masih lagi kuat mengatakan "aku ingin redha ALLAH SWT bukan redha MANUSIA."
HARAP ANDA SEMUA SIHAT ALHAMDULILLAH :)

baiklah, nampak tajuk di atas? 
bila kita pandang orang..............
apa perspektif kita bila mula mula tengok seseorang tu?
rasa menyampah?
rasa tenang?
apa lagi rasa yang ada dalam hati korang tu?
luahkan :D ahha

Sekadar ingin berkongi, tadi Farah ke Perlis, nak pergi membeli telekung la mulanya, acewahh tapi bila dah sampai sana kami hanya makan dan makan dan makan dan makan. haih bina lemak masing masing. biasalah, bukan selalu, nak dijadikan ceritanya termasuk kedai yang menjual jubah dan seangkatan dengannya, kam disambut baik oleh seorang lelaki yang agak muda tetapi tidak terlalu tua, orang cakap AVERAGE AGE la kononnya, so at first, when I met him, MashaALLAH indah sangat ciptaan ALLAH. maaf, tidak menjaga pandangan di situ. tapi ishh kalau bahasa kasarnya, ini cuma andaian bagi yang kurang memahami --' boleh? --'

"wa ckp sama lu beb tenang wey muka dia, lalu sebelah mcm wushh malaikat lalu sebelah, terdiam tak terkata."

dan itulah pandangan saya, mukanya tenang sangat dengan senyuman nya, dan yg jaga tu ANAK PEREMPUANNYA, mashaALLAH hati ni tak putus putus memuji si muslimah di hadapan ku, kulitnya lembut dan sangat la cantik. bertuah siapa dapat isteri macam dia, cukup package :D
dan nak dijadikan cerita, i bought two jubahs' *boleh? and a tudung yang labuh jugak , *in shaa Allah akan ku pakai :)  dan hti ini masih lagi memuji keluarga ini, baiknya bestnya, coolnya,. dan terus teringat ada segelintir yang kata "orang yang alim alim ni selalunya fikiran sempit, kolot dan sebagainya," hati ini macam oh rasa dipiat piat *whats the word mann?  come on people, Farah bukannya alim dan Farah sendiri pun tak baik, tapi kita usaha sama sama untuk jadi baik okay? baru best, :D orang yang alim alim ni diorang tak kolot, because Ive seen so many of them, mereka itu mencari redha ALLAH swt, bukan redha manusia, hebatkan? :)

sebab itu bila seorang muslimah tu keluar rumah, nak biar kita tersedar dgn kesilapan kita, MUDAH! duduk depan cermin sebelum keluar, tanya diri sendiri,

"ALLAH SWT redha tak aku pakai macam ni?"

in shaa ALLAH, kita sendiri yang terus tukar kalau rasa tak menepati syaratnya,

dan nak disambung cerita wak

tu nak pergi bayar dekat kaunter, Farah dan mama macam terkejut pun ada, ohh his dad tengah membaca AL-QURAN, sungguh hati ni rasa malu dan diri ini rasa teramatlah kerdil di tepi kaunter tu :( sangatlah baik, isi masa dengan membaca surat cinta dari ALLAH swt, hebat keluarga ini, :) sempat anak dia cakap ,"nnti satu hari nnti pakai la tudung yang beli tu, cantik" tersenyum sebentar dan zassss keluar kedai, dan hti ni still ishhh hebatnya, hebat nya.
okay itu aja, jadi saja nak ckp , kita bila keluar jangan dirisaukan tentang cara pemakaian kita yang mereka katakan kolot kerana kita nak cari redha ALLAH SWT bukan manusia :) ingat itu okay? :)
assalamualaikum.
jaga diri jaga iman 
dan 
lots of love,


Thursday, April 18, 2013

Farah sudah bertunang? Bila masa =='

ASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi :) 
Wahhh bangun dengan senyuman hari ni nampaknya :)
#mengemas rumah, sapu , mop sebab mama's coming home :D
ohh rindunya mama bru 2 hari outstations --' wahh rindu mama :)

NAMPAK TITLE DI ATAS TU?
FARAH DAH BERTUNANG? 
ENGAGED?
adoiiii siapa yang suruh sebarkan ohh? serabut kepala hahaa
banyak sgt yg inbox ni == serabut serabut.
baiklah wahai warga warga facebook dan hah especially to warga sekolah tercintaku SESERI.

entah badan siapa siapa ni --'
but motif nya : 
NO, I'M NOT ENGAGED YET!

Nak tergelak pun ada bila baca ucapan tahniah yang diikuti dengan "WEY, KAU BIAR BETUL?" , "IQAH BIAR BETUL? SIAPA?" , "EH, TAPI BETUL KE?" , "KAU MAIN MAIN KE?"
boleh ja nk bertunang , hahaah tapi korang nak tgk Farah menghembus nafas terakhir ? --' #killbymymom
haha ni orang tak bertunang pun la, jgn la percaya. CINCIN ada tak semestinya tunang. haha bila Farah melawak tu fahamla FARAH ni macam mana == yang junior ni pun pergi percaya, lepas tu pergi bagitahu cikgu cikgu. hoiii hahaah apakah semua ini? baru plan nk ke sekolah TAK JADI terus. hahaa buat masa sekarang ni. I'LL STAY HERE dulu hahaha

CIKGU CIKGU, 
cikgu, Farah tak bertunang lagi cikgu, PERCAYA SAYA :'( haha merayu ni. kalau saya bertunang saya dah jemput cikgu dahh :D ahha kenduri kesyukuran la katakan hhaha cikgu serious serious. saya belum bertunang --' 

ADIK ADIK, 
adik adik, akak melawak ja, adoiii yang korang pergi percaya tu kenapa, ishhh haaha yg pergi tanya cikgu tu kenapa? kan dah jadi bualan dlam bilik guru. aduiii haha stress stress terima kasih kerana mempopularkan akak sekali lagi di sekolah tu T_T

SAHABATKU,
ha korang, terima kasih la ckp tahniah :D cepat sikit Farah bertunang.haaaha semua rumors wey -- serious serious. 

NOTE TO SELF : 
JANGAN MEMANDAI NAK CKP SESUATU YANG MEREPEK KALAU YOU KNEW ADA ORANG YANG MUNGKIN BELIEVE YOUR WORDS.

assalamualaikum,
jaga diri jaga iman,
lots of love,
FARAH.

I AM NOT ENGAGED YET!

Buat muslimat di luar sana :')

Assalamualaikum wahai insan muslimin dan muslimat di  luar sana :) 


Tengok? sahabat sahabatku di luar sana,
tahniah buat anda :')
anda semua SPECIAL sebenarnya,
sebab insan insan terpilih sahaja yang dapat title special tu :)
Setiap insan yang lahir di muka bumi ini pastinya inginkan dirinya menjadi begitu istimewa,
tapi kita nak jadi istimewa di mata siapa wahai teman temanku?
depan ABANG ABANG kantin di sekolah? 
Pakcik pakcik di warung kopi? 
atau di hadapan kaum adam yang lain? 
ATAU?
di hadapan pencipta kita, ALLAH SWT? ;)


Persoalan itu, biarlah anda sendiri yang menjawab yeah , tanya iman anda :) tanya diri anda :) renung buat seketika, aku ni sebenarnya nak special di mata siapa? Ingat yeah, orang orang yang dulunya kononnya berada di 'zaman jahiliah" tidak minta pun gelaran special dari Allah swt, tapi diorang sendiri yang mencari Allah swt, :) ingat, ALLAH SWT ITU MAHA PENGAMPUN dosa dosa lalu, :) 

bagi kaum hawaku yang belum bertudung, jgn jawab aku tak pakai tudung lagi sebab oh tak sampai seru lagi. Mudahnya anda menjawab wahai kaum hawaku, ingat yeah, seru itu sudah sampai wahai kaum hawaku , sejak beribu ribu tahun dahulu melalui surah An-Nisa' :) jadi jgnlah jawab mcm tu, cuba jawab oh In shaa Allah satu hari nanti okay.Doakan saya yeah :). Tengok, mudahkan? :)

Dan alhamdulillah , salah seorang sahabat rapatku, eileen dah pakai tudung :) jom doakan dia bersama sama,

Ya Allah, tetapkanlah hati Eileen dalam mencari cintaMU dan Istiqamahkanlah dirinya dalam memakai tudung dan bantulah dia dalam mencari redhaMU :)

Mesti ada yang mentertawakan Farah sebab tetiba cakap pasal keagamaan dan sebagainya ;) Saya cuma seorang insan yang ingin berkongsi dan saling mengingatkan saudara seMuslimku :) maafkan Farah kalau Farah terOver di sini bagi kalian di luar sana, hasrat di hati sekadar berkongsi ;) Tiada sebarang penghinaan mahupun ejek ejekan di sini :) Maafkan Farah sekiranya kaum hawaku yang di luar sana terasa dengan coretan coretan Farah di laman ini, *peace :D


Sunday, April 14, 2013

Aurat itu diibaratkan mahkota wanita :')


Assalamualaikum wahai penduduk bumi yang sedang mengemis cinta ALLAH SWT :')
(hiperbola nya --')
wah , mcm dah lama sangat tinggal blog :'D
Apa khabar semua?*sounds like a teacher

Alhamdulillah, beberapa hari ini diri ini masih bersemangat untuk berhijrah, yeah mudah mudahan istiqamah :')

Orang yang ini berbuat baik ,
dan berusaha untuk baik,
tidak terus baik,
kerana
selangkah demi langkah,
perubahan itu bakal muncul,
istiqamah bakal menyusul :')

Baiklah, boleh farah menjawab beberapa persoalan yang telah diajulkan kepada saya terhadap perubahan ini?. ada yang kata Farah ni becoming so alim like suddenly, ada yang gelak pun ada, ada yang tanya what makes me wanna change, ada yang tanya BETUL KE NI? KE MAIN MAIN? hee. persoalan macam ini mmg kawe tak tahu nak menjawab nya macam ini. Ini ialah perancangan ALLAH SWT sahabatku :) hidup ini dulu bergelumang dengan dosa. kalau dibygkan balik mcm haih tak tahu la kata kan. okay jom jawab soalan ni.

assalamualaikum buat hati hati yang terlalu ingin mengetahui kenapa saya ingin berhijrah,I was once a GIRL, and was once a TEENAGER and sekarang pun, but I want "that" title to be inside of myself so I could prepare myself to meet my Creator one day, to show my love towards my dad and brothers, to get myself warned that I am a MUSLIM inside of me and bukannya atas I/C sahaja, in shaa Allah , TITLE yang ramai nak sekarang ialah MUSLIMAH. kalau boleh Farah nak menjadi seorang muslimah :) doakan farah , In shaa Allah, sama sama kita berubah :') 


dan ada jugak yag tertawa kan cara pemakaian Farah yang sekarang, ada yang kata Farah pakai baju tidur ka keluar? --' ahaha Dalam hati ni Ya Allah, kawal gelak aku kawal kawal. okay tapi tersembur juga hah gelak tu, penat jugak mengEXPLAIN pasal baju pnjang ni. haha apa yang dia tak faham pun Farah tak tahu :') maaf sekiranya explanation ku tidak sampai :')

dan berbicara soal aurat, MAAFKAN FARAH. I may not have the right to talk when it comes to hijab matters ni semua almaklumlah Farah dulu pun only Allah swt knows. 
menutup aurat itu, macam satu perisai buat diri kita :') jadi belajarlah menutup aurat. dan ada satu cerita yang ingin dikongsi :D

"waktu Farah di Korea Selatan last year bersama sahabat sahabatku, ada seorang polis korea bertanya apa yang dipakai di kepala kami, jadi diorang pun jawab la its a hijab or what so called apa entah diorang gunakan istilah tudung untuk diexplainkan kepada si polis ni, dan yang bestnya dia dah faham di situ mengenai tudung yang could cover our aurah suddenly dia tnjuk ke arah salah seorg guru saya yang free hair di situ, dan soalan dia macam oh Islam bagi buat mcm tu? hah semua mcm ALLAH! soalan maut ni. haha senyum senyum kambing dan diorang yg jawab. "

dan Farah telah bertanyaka pendapat pasal accident ini dari dua org teman yang arif la jgk bab bab ni :)

jawapan dari Amir ; 
Janganlah kita jadi hamba solat, jangan jadi hamba puasa, jangan jadi hamba kebaikan, okay? ini jawapan umum :D benda ni soal hati saja, cikgu awak dlm keadaan jahil. kalau nak diikutkan orang orang islam disekeliling cikgu awak berdosa jika tak ditegur ;') Kalau tak boleh tegur menggunakan tangan, gunalah lidah, tak boleh dengan lidah, guna la hati kita. Tahu kan hadis nabi ini? so jawapan untuk polis tadi ialah Islam ada balasan juga, sesiapa yang tak lakukan apa yang Islam suruh, maka akan di siksa :) pendapat saya la. 

Jawapan dari qurratul Ain :) ;

Psl prsoaln tu, btul la fatiq ckp tu tntutn. Kte prnh trbce x igt kat mne, sme mcm kes fatiq ni, jwpn org islam tu x silp mcm ni :Org Islam tu tanye blik non muslim adkh sume ( christian cthnye sbb non muslim tu christian ) amlkn ape yg ade dlm bible sbb klau dlm bible x silp kte die ade srh pkai tdg jgk bkn rahib je tp xtau la bible jnis mne old testament ke new testament. So non muslim tu ckp x, jwb la kat die same jgk mcm islam, islam srh pkai tdg tp ade jgk yg x buat. Klau x pon cbe fatiq jwb, mgkn die x dpt hdayh lg.


SENANGKAN? haha 
mari kita doakan kawan kawan kita yang masih lagi tercari cari cinta ALLAH SWT :) Jangan dihina mereka, jangan dicaci mereka ya sahabatku, bukan HAK kita untuk jatuhkan hukum kepada orang yang tidak menutup aurat :') Mungkin nanti bila ALLAH swt dah bagi hidayah dekat mereka, hah LAGI muslimah dari kalian yang mencaci mereka yang tidak menutup aurat ni :) tapi hidayah itu perlu dicari , jangan ditunggu okay semua? :) Kita tak tahu kita hidup dkt dunia ini sampai bila, okay, ingatkan kawan kita selalu tapi ingat JANGAN HINA :')


kita mula sedikit demi sedikt, perubahan itu boleh berlaku in shaa ALLAH :)


 KALAU kita mula dari satu, cuba perlahan lahan, dan jom ramai ramai berada di stage ke 8 :')

maafkan Farah sekiranya post ini terlalu banyak kesalahan ke apa :')
correct me when IM WRONG :)

assalamualaikum,
jaga hati anda,
jaga iman ada,
cover up your aurah :')
lots of love,
FARAH.


Thursday, April 11, 2013

Jaga Hatimu, Jaga Imanmu, Jaga Mahkotamu = CANTIK.


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua yang membaca, Alhamdulillah hari ni Farah diberi kekuatan lagi untuk terus menaip di ruangan POST ENTRY ini. Ya Allah, formalnya Farah ni --' 


Alhamdulillah lah hidup lagi hah hari ni, senyumlah anda ;D senyum, tak rugi pun senyum.Alhamdulillah diberi kekuatan lagi untuk meneruskan hijrah ku yang saban hari didatangi dengan pelbagai dugaan dan halangan. dugaan syaitaan terutamanya tapi ingatlah, when shaitaan reminds you of your PAST, you remind him of His FUTURE. I am sure you can do that mujahid da mujahidah yang awesome awesome :) 


Dear saudara seIslamku sekalian,
Farah ini sedang berhijrah ke arah kebaikan. Bukan nak menghebohkan tapi cukuplah sekadar kalian tahu bahawa saya ini sedang berhijrah. *almaklumlah takut pulak korang terkejut tengok farah sekarang sebab farah yang dulu lain , sekarang lain :') dalam hijrah itu Allah swt turunkan pelbagai dugaan, sebab itu lah wahai saudara seIslamku yang hendak berhijrah bersama sama, jom readykan hati kita,positivekan hati kita untuk kuat bertarung dengan diri sendiri :') Farah baru di dalam konsep hijrah, so kadang kadang tergelincir jugak, bila dah tergelincir, tegurlah Farah, jangan dihina dan dicaci diri ini kerana sesungguhnya aku berubah keranaMU wahai Allah swt :')


Dugaan yang Farah lalui buat masa sekarang, CANTIK.apa itu cantik? cantik itu *tanya cikgu yeah. haha Puas dicari apa yang sesuai untuk dikongsi bersama akhirya ku jumpa jua satu kata kata yang memang menempek dkt muka sendiri *terkena la dkt diri sendiri,sentap :D mcm sticky note yang beli dkt tesco ==' 
cantik itu satu ujian Allah swt sebenarnya, Apabila dipuji cantik, org yang cantik ini  sebenarnya sedang bertarung dengan nafsunya sendiri ye sahabatku . dia berusaha untuk turunkan sedikit sifat riak di dalam diri takut dilihat orang lain pula , dan dia perlu menjaga maruah dirinya yang sentiasa berusaha berubah menjadi lebih cantik hari demi hari. Almaklumlah dipuji oleh orang :) Faham maksud saya? Jangan di pandang kecantikan seseorang itu , tapi pandanglah pada akhlaknya, In shaa Allah, cantik itu akan terserlah :) Alhamdulillah di atas semua nikmat yang Allah swt pinjamkan kepada Farah. 
Ya Allah, Kau lindungilah wajah ini dari menjadi labuhan hati para lelaki yang ingin berjihad mencari cintaMU dan Kau cerahkanlah wajah ini dihadapan orang orang yang gelap wajahnya di akhirat kelak :) Kau peliharalah hati ini dengan ayat ayat suciMU dan kau bersihkanlah hati ini dari sifat riak, ujub dan takbur :)
#Alhamdulillah, anda tengah doakan diri anda sendiri :')


Baik kan ALLAH SWT dengan kita? Alhamdulillah, bila kita nak berubah kerana Allah swt, Allah swt hantarkan orang yang baik baik dikeliling kita.dan MashaAllah, Allah swt itu tidak akan hampakan hambaNYA. inilah yang Farah lalui sekarang. Farah dikelilingi oleh orang yang baik belaka, sahabat yang sentiasa memberi sokongan padu padu padu padu kepada Farah untuk terus berjihad dijalanNya. Uhibbuki fillah teman teman seperjuangan ku :)

Assalamualaikum,
lots of love,
Farah.

Tuesday, April 9, 2013

I'm a Muslim WOMAN :')

Assalamualaikum dan hi semua sekali :) 


Alhamdulillah Farah diberi a full strength to update this lonely blog, and today I am not going to be so extremely annoying here. since you're getting annoyed with me everyday but hey you, SMILE. remember, its sunnah :)

so Yesterday I went to Jusco Prai City, I was wearing you know a very lady like muslimah blouse , one kind of jubah maybe. and when you wear clothes like that, Alhamdulillah I felt so you know the feeling WHEN YOU ARE SAFE. I admit its hard for me to wear that at first place but when I looked at myself in front of the mirror checked what part should be covered and Alhamdulillah MUDAHNYA semua nak di covered when pakai bju like that. Thats why they wear it, i guess.

Betullah mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis ye sahabatku di luar sana :) Bila dah ada niat nak buat baik mesti akan ada syaitan yang menghasut untuk stop, sebab I experienced that. Bila dah bertutup satu badan dan ada satu bisikan yg mengatakan "farah, kolotnya pakai baju ni.tukar laaaa." dan memang mula mula tu macam ish kenapa macam ni hah, kenapa aku pakai baju ni kasut bertutup semua ni. tapi bila ah phewwww tersedar bru la hah okay ujian Allah swt, susah nak berubah :| Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk melawan nafsu berfesyen aku --' Amin. 

Apabila berjumpa dengan one of my friends yang tahu I ni mcm mana, both of them macam tgk me atas bawah and they buat me so segan you know. --' kenapa mesti macam tu. haha kelakar la. I macam. DONT SAY ANYTHING. I'm changing for a better muslim. AND they were like ohhh okay. haha

so di sini nak ckp susah nak buat baik tapi kita cuba buat yang terbaik walaupun kita tak la baik mana dan tak best jugak kalau jadi baik sorang sorang :) so Lets find our Creator back :)

Assalamualaikum,
lots of love,
Farah.