|copyrightreserved | owner:FARAHATIQAHAHMADFOZEE | www.farahatiqah.blogspot.com |

Wednesday, May 22, 2013

Sahabat rindukan Rasulullah saw :')

Assalamualaikum,
phewwpheww*
makan roti canai pagi tadi, LEEN. mohon jealous :)

Bismillaahhir rahmaanir rohiim :)
hari ini kita bercerita mengenai Rasulullah saw :)
Meskipun panjang, namun, cerita ini benar benar memberi satu maksud yang mendalam,
dan Farah ambil dari buku Bilal,
rumuskan ja, SEBAB tu bahasa tidak seindah di buku.
sungguh ku rindu dirimu wahai kekasih Allah swt :'(

Taklata membaca riwayat hidup Bilal b. Rabah,
Allahu rabbi ,
Setelah Rasulullah saw wafat,
Bilal merasai satu kehilangan yang besar.
Bilal terlalu sedih, sedih sehinggakan tidak mampu menyebut nama Muhammad saw sewaktu azan,

dan di ketika berita rasulullah saw wafat,
ramai sahabat yang tidak dapat menahan rasa di hati. sedih yang teramat, rindu pada kekasih Allah swt,
rindu akan alunan ayat ayat suci Al-Quran yang dibaca oleh nya,
rindu segalanya mengenai rasulullah saw,

Di rumah Bilal,
apabila pembantu rasulullah saw, syuqran, memaklumkan bahawa rasulullah saw wafat,
dan meminta dia menghebahkan kepada orang lain,
Bilal diam,
sewaktu perjalannya ke rumah 'Aisyah itu,
dia terus memujuk hatinya, berdoa agar apa yang dikatakan oleh syuqran itu tidak benar,
dia berharap Rasulullah saw sekadar pengsan,
namun apabila dia melangkah masuk ke dalam rumah 'Aisyah,
dia terasa kehilangan, sungguh, hatinya dipaut rasa pilu ,

Di luar rumah 'Aisyah pula kelihatan Umar Al-Khattab sedang meyakinkan orang lain bahawa Rasulullah saw tidak wafat, sungguh sahabat nabi ini tidak mampu menerima kenyataan ini,
Bilal serba salah kerana dia ditugaskan untuk menghebahkan berita kewafatan itu,

Bilal bertemu Abu Bakar As-Siddiq seraya dia berkata

"Wahai Abu Bakar, saya takut hendak menghebahkan perkara sebenar kepada orang ramai kerana Umar mengancam mahu memotong kaki dan tangan siapa yang mengatakan Rasulullah saw wafat."

Abu Bakar berkata " Saya akan selesaikan hal ini."

Abu Bakar masuk ke dalam rumah 'Aisyah,
kemudian dia keluar mendapatkan Umar Al-Khattab dan orang ramai,
sewaktu itu semuanya terttumpu ke arah Abu Bakar dan Bilal,
dan di ketika itu Abu Ubaidah bersuara,

"Wahai Abu Bakar, kamu ialah orang yang dipercayai oleh Rasulullah saw sehingga digelar As-Siddiq, khabarkan lah kepada kami bagaimana keadaan Rasulullah saw,"

dan seraya itu ,semua mata tertumpu ke arah Abu Bakar,
Abu Bakar tidak berucap, dia meminta Bilal berdiri di sebelah kanannya, Abu Ubaidah di sebelah kirinya, dan Ikramah pula berdiri di belakangnya,
lalu Abu Bakar berucap,

"Demi Tuhan apa yang akan ku sampaikan ini adalah perkara yang sebenar. Aku tidak akan bercakap bohong walaupun dibunuh. hal ini disaksikan oleh Bilal dan Abu Ubaidah,"

dan di ketika itu,
Umar Al-Khattab menghunuskan pedang nya ke arah Abu Bakar dan berkata 
"Wahai Abu Bakar , jangan sekali - kali kamu mengatakan baginda wafat, pedang ini akan membetulkan lidahmu!"
Abu Bakar cuba menenangkan Umar dengan membaca ayat suci Al-Quran,

"Muhammad hanyalah seorang rasul ; sesungguhnya telah berlaku sebelumnya beberapa orang Rasul,Adakah  jika dia wafat atau dibunuh, kamu berbalik ke belakang menjadi (murtad) ?Barang siapa yang berbalik ke belakang, maka dia tidak dapat mendatangkan mudarat kepada Allah swt sedikit pun, dan Allah swt akan memberi balasan kepada orang bersyukur. " surah Ali-Imran ayat 144 :)

Sebaik sahaja mendengar kata kata Allah swt yang dibaca Abu Bakar,
Umar Al-Khattab tiba tiba menangis lalu jatuh tersungkur. barulah dia percaya Rasulullah saw benar benar wafat.
tatkala itu semuanya berlinangan air mata :/ sungguh semuanya rindu Rasulullah,
dan Bilal tidak mampu menjalankan amanatnya sebagai seorang tukang azan kerana tidak sanggup menyebut nama Muhammad saw, dia menangis,
dan orang yang mendengar turut menangis, sungguh mereka rindu Rasulullah,
Bilal terlalu rindukan Rasulullah saw sehingga dia demam demam,
Bilal terlalu rindukan Rasulullah saw melebihi rindu Umar Al-Khattab.
sungguh mereka ini sahabat sahabat yang sudah bertemu syurga Allah swt, bersama nabi di sana.
Allahu rabbi :'(
sungguh, berikanku peluang bertemu Rasulullah saw kelak :'(
rinduu :'(

sekadar boleh berkongsi :')
rindu Rasulullah saw, selawatlah :)
sungguh kita tak rugi :)

Ayat Bilal yang dipetik ketika Umar Al-Khattab cuba memujuknya untuk azan,

"Wahai Amirul mukminin, kesedihan saya ini melebihi kesedihan tuan. Tuan lahir sebagai seorang yang merdeka, berbanding saya seorang hamba. Tuan tidak pernah merasai bagaimana gembiranya seorang hamba apabila dimerdekakan, sesungguhnya Rasulullah saw membebaskan kami semua dari penghambaan. Baginda memuliakan saya di ketika orang lain menghina saya. Kemudian Rasulullah saw melantik saya sebagai tukang azan, Rasulullah saw juga mengatakan baginda mendengar bunyi hentakan sepatu saya di syruga."

mudah mudahan cerita di atas menambahkan rasa cintamu buat Rasulullah saw :)
sekadar berkongsi :)

Assalamualaikum
jaga hati jaga iman, jaga segalanya,
lots of love,

Tuesday, May 21, 2013

Mati itu pasti, Hidup itu In Shaa Allah.




Assalamualaikum saudara saudaraku :)
Alhamdulillah :D *senyumsenyum
masih diberi peluang oleh Allah swt nak cari redhaNYA :)

Mati itu pasti.

3 words yang lebih hebat dari kata kata I LOVE YOU.

Suatu cerita yang mengingatkan diri ini tentang kematian yang berlaku ke atas seorang sahabat akak semlm ,

Farah : "eh eh , awat nama dia hilal jesus? --' " 

Akak : "ohhh, nama dia hilal isa sebenarnya, tapi dia entah sajaa ja."

hmmm, lepas tu gelak gelak. *the end*

hmm, di sini mari kita tadah tangan, doa ramai ramai :)

Al- Fatihah buat sahabat kakak ku merangkap saudara seislamku,
saudara Hilal, 

"Bismillah hirrahman nirrahim,
Ya Allah, Kau cucurilah rahmat ke atasnya, Kau ampunkan dosanya di dunia ini, berikanlah dia syurgaMU, terangilah kuburnya, lindungilah dia dari fitnah dajjal dan fitnah manusia, tempatkan dia di tempat golongan golongan yang Engkau redhai dan Engkau kasihi,Amin ya rabbal a'lamin."

AL-KISAHNYA BERMULA.
Jam 12am. TIDUR.
kroiihhhh kroihhh.

tiba tiba terjaga, tengok nina tengah menangis. teruk gila hah. I was wondering why. but I said to her "ina, diam laa -- nangis slow slow. orang belakang nak tidur. "

and akak yg 2nd pula suruh nina keluar keluar nangis dekat tengah. 

so I continued my precious time la kononnya ==' tidur.
but then, my eyes keep on nak terbuka, sebab Allahu rabbi, nangis dia kuat .
so i ended up keluar bilik, 
and tgk akak 2nd ckp, kawan ina meninggal, sebab tu la,
and she tunjukkan video accident tu,
and THE MINUTE! pemberita bacakan nama pemandu tu, 
hilal mohamad isa, 
akak ckp hah tu la kawan ina,
I WAS LIKE!
OHHHHH!!!! terus lari ke ina, sebab ina pergi jumpa mama,
and dia ke toilet, 
and I was like "ina jgn sedihhh. hilaljesus kann"
hmmmm. and she mcm sgt sedih and keep on repeating kawan baik aku meninggal.
INNALILLAH HI WAINNALILLAHI ROJIUN. 
nina ambil wudhu' dan dia tutup pintu bilik no.3 . 
AL-FATIHAH buat saudara Hilal :')

sebelum tidur balik tu Allahu rabbi, SUSAH nak tidur, 
sebab hmmm fikir mcm mcm dekat kepala,
mati itu pasti. 

Mati itu pasti, HIDUP itu In shaa Allah.

Ustazah Fatimah Syarha pernah mengutarakan satu ayat. 
"ada ke yang pagi pagi dia bangun, minta Allah swt cukupkan oxygen untuk hari ni?"
hmmm, ustazah ckp mungkin ramai yang tak buat.
papp* tmpar muka. aku la tuuuu ==

saudaraku,
bila kita minta dekat Allah swt oxygen baru nak hidup,
kita kena niat betul betul nk cari redha Allah swt,
sebab apa?
kita kena ingat, kita hidup tak lama,
bila kita dapat oxygen, kita kena bersyukur.
sebab tgh kita hirup oxygen oxygen ni,
ada saudara saudara kita yang menghembuskan nafas terakhir mereka.
mati itu pasti, hidup itu in shaa Allah.

Kematian itu dia akan datang kejar kita tak kira dari pelbagai sudut,
kita menyorok dalam almari sekalipun dia datang.
Persiapkan dirimu,
tinggalkan duniawi sebentar, "This beautiful worldly life has an end,"
nnti bila kita mati, in shaa Allah, 
dipermudahkan segalanya.

Allahu rabbi, 
terima kasih atas nikmat islam dan iman yang diberikan buat diri ini.
Terima kasih beri peluang buat hambaMU ini terus hidup,
berikan hambaMU ini kekuatan untuk terus mencari redhaMU,
kembalikan hati ini kepadaMU.
kuatkan iman ini ;')
Amin Allahumma Amin.


Assalamualaikum,
jaga hati jaga iman jaga segalanya,
lots of love,

Sunday, May 19, 2013

Syurga Tunggu :')

Assalamualaikum :)
Alhamdulillah,
pagi ahad :D *senyumsenyum

DESTINATION : JANNAH
DAH PACKING ya?

Terbaca artikel mengenai pintu pintu syurga, yang buat diri ini TERTANYA.
layak or tak ni nak masuk? haishhh.

JOM :)

ibnu abbas r.a. berkata :
Syurga mempunyai 8 pintu, yang dibuat dari emas , yang dihias dengan jauhar(sejenis mutiara) .

jeng jeng jeng. ada apa ya dengan 8 pintu ni?

Ibnu abbas r.a berkata : 
Pintu pertama ; tertulis kalimat LAA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH, pintu ni untuk paranabi dan rasul, syuhada', dan juga pintu orang yang DERMAWAN.
Pintu kedua ; orang yang menunaikan solat, sempurnakan wudhu'nya, dan sempurnakan rukun solatnya.
Pintu ketiga ; orang yang bagi zakat dengan senang hati dan ikhlas.
Pintu keempat : orang orang yang mengajak kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Pintu kelima : orang yang boleh memelihara syahwatnya dan mencegah nafsu yang buruk.
Pintu keenam : orang yang kerjakan haji dan umrah.
Pintu ketujuh : orang yang berjihad di jalan Allah swt.
Pintu kelapan : orang yang bertaqwa, orang yang memejamkan matanya dari perbuatan dan sesuatu yang haram,orang yang melakukan kebaikan .

hah, tertanya kan kita dekat pintu mana? :'( orang cakap syurga tu hanya untuk orang orang yang betul betul bermujahadah di jalan Allah swt, :) Allah swt bagi ujian banyak banyak dekat orang tu dekat dunia sebab nnti dekat akhirat Allah swt nak bgi dia syurga.

Allahu rabbi,
baik nya Allah swt :'(


Jom la sama sama :)
Allah swt tunggu.
Syurga tunggu :)

Syurga tunggu kita balik rumah sebenar kita :)
best kan ? 
Allah swt tunggu, syurga pun tunggu :)
untung kita ni :)
Jom la sama sama kejar syurga Allah swt tu :)
Tak boleh cakap ja, kita kena ada usaha :)
biar lelah dekat dunia ni tapi nnti dekat sana hah senang :)

P/S; Alhamdulillah, dapat yang pergi interview haritu :) Alhamdulillah :)

Assalamualaikum
jaga hati jaga iman jaga segalanya,
lots of love,



Wednesday, May 15, 2013

Biar bidadari mencemburui dirimu :)

Assalamualaikum :)


Alhamdulillah bangun pagi ini,
wahhh sihat lagi :)
Pagi pagi ni terpandang satu buku,

*krik krik krik *

tertarik dengan darjat wanita solehah yang digariskan dalam Islam :)

- Doa wanita lebih makbul daripada lelaki disebabkan sifat penyayangnya yang kuat berbanding lelaki :) 

- Seorang wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki soleh.

- seorang wanita yang solehah itu lebih baik daripada 70 orang wali.

dan pap* terkagum sebentar, subhanallah, untungnya jadi salah seorang kaum hawa :)

Terlintas kata kata Dr. 'Aidh bin' Abdullah Al- Qarni mengenai wanita,

" Hiduplah di tempat yang tidak menyentuh perkara perkara yang tidak berguna,yang mampu menjaga kehidupan dari perkara yang dapat menjaga rasa malu. Ucapanmu adalah zikir, cara memandangmu adalah menarik pelajaran dan diammu adalah berfikir. "

untungkan jadi perempuan? :')
jangan jealous kaum adam :D

hah wahai kaum hawa, 
best kan? :)
tak susah pun jadi kaum hawa ni :)

kita tak wajib pakai tudung. :) *wahh ada yang tersenyum kambing dah :) 

TAPI wajib tutup aurat :)

boleh la guna selimut lilit satu badan :) lagi comel gitu :)
alaaaa, tikar mengkuang pun boleh ;)
eh cadar pun boleh :) 
hah langsir pun boleh, takda masalah :) lagi labuh ada la :)

kaum hawaku sayang,
cakap sayang ayah?:)
bila orang nak kahwin, 

"tak apa, nnti bila kahwin akan ku tutup tutup yang mana terbuka ni. sebab nanti kesian suami aku ditarik ke neraka" :)

wahh bagusnya awak :) tapi errr before kahwin, ayah mcm mna? :'(
kesian dekat ayah :'(
ehhh abang awak pun :'( 
kesiannya :(
TAK KESIAN?

wahai kaum hawaku sayang,
cakap nak syurga Allah swt,
FYI, syurga Allah swt tu mahal :D saja nak bgtahu :)
So, mahalkan dirimu :)
in shaa Allah,  Allah swt jaga kita ni sebaik baiknya :)

Ustaz Don cakap ,

" Perempuan masa kecil, ibu ayah jaga, masa besar, suami jaga. Punya Allah swt sayang perempuan sampai tak bagi dia bersendirian. "

WAHHHHHH lagi, :)
Terima kasih Ya ALLAH :')
Allahhu rabbi :')

so kaum hawa,
persiapkan diri mu dengan persiapan yang terbaik,
supaya apabila ada sang adam yang memiliki dirimu kelak,
akan berbangga menjadikanmu sebagai ketua bidadarinya kelak :)

biarlah dirimu dicemburui oleh bidadari di sana:)
kamu itu anugerah yang tidak ternilai oleh Allah swt :)
jagalah auratmu sebaik baiknya,
tundukkan pandanganmu,
peliharalah lidahmu,
Allah swt tunggu, Allah swt rindu :)



wahai kaum hawaku,
kalau laaaah orang lain tahu darjat dirimu sebenar,
tuuu ayah adik lelaki abang awak pun nak jadi awak,
cuma tak boleh ja :D

jadi, jommmmmm :D
buktikan dirimu ini mawar yang paling mahal :)
syurga Allah swt itu perlukan usaha yang gigih kalau nak masuk ,
so kembali kan hatimu buat Allah swt :)
Allah swt tunggu :')

Alhamdulillah, diriku seorang kaum hawa :)
bahagianya hati ni :)


Assalamualaikum,
jaga hai,jaga iman, jaga segalanya,
lots of love,




Tuesday, May 14, 2013

Islam tidak membebankan :'(


Assalamualaikum,
LAMA rasanya jari jemari ini tidak berbicara :)
akhirnya terpanggil untuk menjawab beberapa persoalan yang ditanya :)
mudah mudahan terjawab la persoalan kamu ya :)

"Kenapa kena pakai hand socks bagai ni?"

"kenapa kena pakai stokin?"

"Islam itu mudah, tak perlu disusahkan, dengan hand socks bagai,"

"Tudung tutup dada pun dah okay, tapi tak payah la mcm tu sekali, boleh ja pakai mcm ni bla bla"

"Perlu kah berubah sedrastik ini?'

"kenapa tetiba nak alim ni?"

Banyaknya persoalan :')

memang, Islam itu mudah, Islam itu tidak membebankan penganutnya:)
tetapi sahabatku sayang, :)

memang tudung tutup dada itu baik, cumanya, yang lain itu perlu dijaga,
memang diri ini akui,
dulu mmg pernah, persoalan itu semuanya pernah terlintas di minda ini suatu ketika dulu,
dan akhirnya soalan itu ditanya buat saya :)
sungguh, terkilan sebenarnya :) digagahkan juga diri ini tersenyum,
digagahkan juga lidah ini berbicara,

sahabatku sayang,
meskipun dulu diri ini tidak pernah menjaga auratku,
namun ketahuilah diri ini mengimpikan ke syurga,
diri ini ingin berlari ke sana,
diri ini ingin mendapatkan redha Khaliq*pencipta makhluk.

dan memang di akui,
agak drastik perubahan ini,
namun diri ini sedang memanjat manjat gunung mujahadah ini,
agar tidak rebah, tidak tersungkur,
diri ini sedang berusaha hari demi hari untuk sampai ke puncak,
diri ini bimbang tidak sempat,
diri ini percaya,
istiqamah itu bakal muncul,
in shaa Allah, Allahumma Ameen :)

ketahuilah mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis :')

Assalamualaikum,
jaga diri,jaga iman dan jaga segalanya,
lots of love,

Friday, May 10, 2013

Welcoming the month of REJAB

Assalamualaikum :)
Ahlan Wa Sahlan Ya Rejab :)

malam ni dah 1 rejab :) Jom baca doa ni ramai ramai :)


Dah baca? 
Alhamdulillah. Allahumma Ameen.


Wednesday, May 8, 2013

Hati itu .

Assalamualaikum pencari cinta matlamat:)

dalam badan kita ada hati yang perlu diuruskan,
Hati itu, 
tempat yang paling di ATTACK oleh Allah swt :)
SEBAB apa?
sebab bahagian itu yang paling rapuh :'(

maaf Ya Allah, 
andai hati ini lalai. hati ini rapuh.
ambillah kembali hati ini.
bersihkan ia, 
campakkan nur dan hidayahMU ke dalamnya :'(
perelokkan hati ini sebagai mana Engkau cantikkan peciptaan diriku ini,
Allahumma Ameen. 

apa nak buat yeah? :)

rekreasi kan hati ini dengan ayat suci Al-Quran,
clearkan titik titik hitam dengan mendengar tazkirah tazkirah,
fahami hati ini sebaiknya, 
jaga hati ini sebaiknya supaya kita dekat dengan Allah swt :)

Allah swt tunggu.
Allah swt rindu.

hati pun sakit?
ubat lahhh kan? :')
tapi nak?
ubat hati kita dengan apa?

1st - Al-quran dan maknanya
2nd - solat malam tu banyak- banyakkan
3rd - berkumpul with org yang soleh
4th - banyakkan berpuasa
5th - perbanyakkan zikir malam :)

assalamualaikum,
jaga hati jaga iman jaga segalanya,
lots of love,

Saturday, May 4, 2013

rindu.


assalamualaikum.
sungguh hati ini rindu dengan semua ini. rindu ya Allah. :'(



Friday, May 3, 2013

Pause.

Bismillahhirahmanirrahim,
Assalamualaikum
hati hati yang sedang mencari cinta Allah swt dan Rasulullah saw :)


kadang kadang bila kita diuji,
kita gelabah,
kita cakap "time time ni pulak la hah nk jadi."
tapi cuba kalau kita pause sekejap diri ni,
fikirkan, kenapa Allah swt uji aku? kenapa bukan orang lain?
waktu tu la akan ada satu perasaan yang Allahu rabbi Alhamdulillah ya Allah,
terima kasih sebab beri kan diri ini ujianMU,
itu bukti Allah swt sayang kita ,
BUKTI Allah swt sayang kita banyak,

kekadang kita nak pergi sangat sangat satu tempat tapi Allah swt tak bagi,
sebab apa?
sebab Allah swt itu Maha Mengetahui,
boleh jadi kita boleh pergi sana tapi mungkin akan ada musibah dekat situ,
dan Allah swt takut kita tak mampu hadapi musibah tu,
Allah swt itu Maha Penolong,
seboleh bolehnya, Dia akan cuba sedaya upaya untuk lindung umat Muhammad saw,

Mungkin ketika ni ada suara suara hati yang cakap ,
kalau betul Allah swt sayang aku, nak tolong aku,
kenapa aku tak dapat itu/ini?
baiklah, sahabatku sayang,
sungguh diri ini juga pernah mempersoalkan soalan itu,
tapi bila tengok balik, ketahuilah
Allah swt itu Maha Mendengar, dan Maha Mengetahui,
cumanya Dia nak kita minta dengan DIA,
Allah swt itu nak tahu apa yang kita nak,
walaupun Dia dah tahu :)


Rasulullah bersabda
"Sesungguhnya RABB kalian tabaraka wa ta'ala Maha Pemalu lagi Maha Pemurah,Dia malu bila seseorang hambaNya mengangkat kedua dua tangannya kepadaNYA, lalu Dia mengembalikannya dengan tangkan kosong,"

sayangkan ALLAH swt dengan kita?
sebab tu la bila kita berdoa jangan cepat bersangka buruk dengan Allah swt,
kenapa aku tak dapat? sedang kan aku berdoa.
Allah swt itu Maha Mengetahui,
Dia pause dulu doa kita yang dia rasa kita tak mampu nk buat, Dia nak bagi yang terbaik untuk kita,
Dia nak bantu kita,
kita merancang macam macam, tapi Allah swt merancang lagi macam macam untuk kita,
bersangka baik dengan Allah swt :)

bila dapat ujian dapat musibah ucap Alhamdulillah dalam hati sebab itu ujian baru sikit, kalau dapat teruk lagi? sayang kan Allah dengan kita?
tapi kenapa kita tak sayang Allah swt?
Allah swt cuma minta kita kembali padaNYA,
memang, jalan untuk menuju ke Dia itu penuh ujian,
sebab Dia nak tahu kita ini benar benar ikhlas atau tidak,
Allah swt hari hari tunggu kita,setiap detik setiap saat,
tapi kita? Tak , kita tak pergi pun dekat Allah,
tanya diri kita kenapa ?
tanya diri kita "sampai bila nk hanyut macam ni?"
pause semua aktiviti kita, PAUSE, dan tengok balik semua dosa kita.
waktu tu mungkin ada yang terasa jauh sekali dengan Allah swt,
waktu tu jugak mungkin terasa diri ini macam seorang bayi yang jahil soal agama,


sebab tu lah waktu kita sedar,
Allah swt kata berhubunglah kamu dengan diriku,
melalui apa?
surat cinta awak dengan Allah swt la,
tu, Al-Quran yang dekat rumah tu,
beli bukan untuk di jadi perhiasan, :)
bacalah, Allah swt nak kita berhubung dengan dia,
Allah swt nak kita ber-sms dengan dia,
Allah swt pun nak kita ber-CALLING calling dengan dia,
Allah swt pun nk dating dengan kita,
cuma kita menolak :)

come one,
kita umat Nabi Muhammad saw,
umat yang kuat,
umat yang bijak :)
SYAITAN tak kuat pun sebenarnya,
IMAN kita yang lemah :)




tanya dirimu, muhasabah hati tu :) tak susah pun:) sebab Allah swt akan tolong :)

assalamualaikum,
jaga hati jaga diri jaga segalanya,




Wednesday, May 1, 2013

Kuatkan cintaku kepadaMU :'(


Ya Allah,
kuatkan hatiku menepis segala panduan nafsu ini,
kembalikan hati ini kepadaMU,
sungguh diri ini terkadang tergelincir,
Ya Allah,
lindungi diri ini dari menjadi labuhan hati para lelaki,
kaum adamMU,
Ya Allah,
aku mohon. pimpinlah hati ini,

wahai kaum adam,
hati ini ialah raja yang prlu diuruskan,
tanya dirimu wahai adam,
dirimu ini sedang mengikut panduan wahyu ataupun panduan nafsu?
Farah masih punya keluarga,
muliakan keluargaku dahulu,
Moga Allah swt menjaga hatimu :'|

wahai bakal imamku,
MAAFkan diri ini kerana dahulu aku pernah menodai cinta yang sepatutnya Allah swt berikan kepadamu,
diri ini tengah berjihad dengan nafsuku sendiri,
ketahuilah,
diri ini sedang bersiap sedia untuk menjadi yang terbaik buatmu,
diri ini sedang memperkukuhkan iman,
diri ini sedang menjaga hati,
sungguh, ingin ku temui dirimu,
tapi kata Allah swt,
masih rahsia :')

p/s ; tanya dirimu, 
bagaimana si dia menawarkan cinta buat dirimu :')
DAN 
tanya dirimu bagaimanA pula aku tawarkan cintaku kepada si dia? :)

Assalamualaikum,
jaga hati, jaga diri, jaga segalanya,
lots of love,