|copyrightreserved | owner:FARAHATIQAHAHMADFOZEE | www.farahatiqah.blogspot.com |

Monday, August 19, 2013

AMAN yang macam mana kamu inginkan?

Assalamu'alaikum,
Alhamdulillah Allah swt beri peluang untuk menulis.

Alhamdulillah selesai sudah tamrin di sini.
Ukhuwah makin erat.

Bila berbicara soal ukhwah,
terdiam. 
Bila berbicara soal ukhwah juga,
mampu mengalirkan air mata.

Kenapa?
Sebab ukhwah ini satu janji dalam hati.
kita bertemu dan berpisah kerana Allah swt.

Ukhwah ini perlu.
PERLU. 
PERLU.

mereka yg menggerakkan kita untuk trus kuat dalam perjuangan.

-end about ukhwah. - 

Hari ini kita lihat Mesir,
sayu hati ini bila berbicara soal negara itu.
hari ini kita lihat Syria,
menangis mata ini membayangkan mereka.
Hari ini kita lihat Palestin,
Bila lagi engkau akan bebas wahai negara islam.

Allah swt beri peluang mereka jihad menentang musuh.
Mereka itu perindu syahid.
mereka itu orang yang tak takut mati.
mereka itu orang yang tahu Islam itu bakal menang.

Mereka itu mujahid dan mujahidah.
Mereka itu sudah mampu keluar dari rumah untuk berjihad,
belum tentu pulang ke rumah,
syahid menjadi buruan mereka.
Kita?

Belum nampak.
masih dalam mimpi yang jelas kita sendiri yg meng-create kan mimpi tu.
Kita masih belum sedar.
terlalu berbicara soal tulang rusuk kiri,
lupa ada saudara saudara Islam kita di negara lain yg memerlukan bantuan,
Kita lupa mereka itu saudara kita juga,
Kita kata tak perlu nk tahu semua tu,
negara kita aman.

sungguh.
Alhamdulillah negara ini aman.
tapi aman yang macam manakah yang kita nak sebenarnya?

aman tapi rakyatnya tidak solat?
aman tapi rakyatnya terus melakukan maksiat?
aman yang rakyatnya mengaku Islam tapi tidak mengamalkan Islam?

AMAN YANG MACAM MANA KAMU KATAKAN?
AMAN YANG MACAM MANA KAMU INGINKAN?

sampai bila harus duduk di bawah selimut?
KELUAR DARI SELIMUT ITU.
mereka di sana perlukan kita.

kalau tidak mampu beri bantuan,
CUKUP sekadar berdoa tidak putus putus,
Allah swt itu MAHA MENDENGAR.

jangan lupa itu,
Allah swt yang turunkan ujian ke atas mereka di sana itu SAMA 
dengan Allah swt yang turunkan ujian untuk kita yang aman di sini.

Tidak pernah berubah.

INGAT!

Islam itu akan kembali bersinar seperti api yg membara,
sekejap sahaja lagi,
kembalilah kepada fitrah asalmu.
bantu Islam menang.

assalamu'alaikum.
maaf andai terkurang.
lots of love,

Monday, August 12, 2013

Kita lupa Tuhan dalam Syawal itu sama dengan Tuhan dalam Ramadan.

Assalamu'alaikum,
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.
maaf ku pinta atas segala kesilapan dan kekurangan diri ini 
yang menumbangkan ketidak senangan di hati masing masing.
maaf maaf maaf. 

Ya Allah,
Di saat aku melakukan kesilapan terhadap orang lain,
Kau berikanlah aku kekuatan untuk meminta maaf kepada mereka.
dan di saat mereka melakukan kesilapan terhadap diriku,
berilah aku kekuatan untuk memaafkan mereka.
Amin.

Ramadan dah berakhir.
Syawal datang menghulurkan piala kemenangan.
Ramadan kata dia harus pergi.
Kita pula buat tak endah.
kita kata, "Yeay syawal nak datang."
Ramadan pula sedih nak tinggalkan kita.
tapi kita...............

*selamat merenung-renungkan

syawal tiba...
Semangatnya,
kelihatan gembira wajah wajah orang yg beriman,
meraikan kemenangan mereka.

kita...
pagi Syawal..
Subuh entah ke mana,
Breakfast mengalahkan Lunch,

mak ajak ke masjid..
kita kata sakit perut.
tapi duduk depan tv tgk astro,

pelik.
Syawal kah ini?

apa Tuhan yang waktu Ramadan itu lain dengan Tuhan dalam Syawal?
Kita buat sesuatu seolah olah tiada yang melihat.
Tuhan lain kah?

TIDAK.
Tuhan tak pernah lain.
Tuhan yang satu.
yang Muslims kenal.
namanya Allah swt.

Allah swt perhatikan kita.
lalu dia turunkan ujian.
kita tak mampu nak hadapinya.
kita complain.
itu tak kena ini tak kena.

remaja remajaku,
You can complain about everything,
but you cant complain anything about Allah swt.

Kita kata dkt orang lain.
"eleh, kau berubah tapi perangai sama ja."
kita lupa,
Islam is perfect, Muslims are not.
Jangan ingat orang yang berubah tidak diuji kesabarannya.

tp ingatlah,
walau mcm mana pun seseorang itu yang berubah tetiba jauh,
dia akan berusaha untuk kembali dekat dngan Sang Penciptanya.

Kita kata orang itu ini dan itu.
Kita lupa tengok diri kita depan cermin.
Kita tengok dia tak solat Asar haritu,
kita kutuk dia, kita kata dia teruk.
kita lupa....
kita punya solat asar pun boleh kira dengan jari.

Mengapa munculnya golongan sebegini?

Kita di dunia ini cuma sebagai perantau,
yang Allah swt cipta kita untuk menjadi perantau,
melihat orang orang yang melakukan kemungkaran terhadapNYA.
tapi kita dah jauh sgt.
kita pula termasuk dalam golongan tu.

ingat,
Allah swt kata,
"merantaulah, nanti kita jumpa balik dekat akhirat sana"
Kita lupa akhiratkah?

Kita judge orang itu ini,
kita tak cermin diri kita pun.

apa munafik kah kita?

renungkan.

assalamualaikum.
jaga hati,iman,akal dan segalanya.
lots of love,