|copyrightreserved | owner:FARAHATIQAHAHMADFOZEE | www.farahatiqah.blogspot.com |

Monday, September 30, 2013

Kenapa perlu takut?

Bismillah.

Assalamualaikum,
so since phone sudah kembali berfungsi,
makanya aku lagi nge-posting.

I said to myself,

I screwed my writing test just now.

diam. tiada jawapan.

Tetiba dengar satu suara,
yg terasa mcm telah mem-bom kan hati.

"Kau ckp kau percaya Allah? Bukan main kau doa banyak banyak ckp Allah sebaik baik penolong. Kau ckp kau nk jadi orang yg bertawakkal. Kau kata lagi kau percaya Allah. Apa kau nak sebenarnya baru uji sikit dah gelabah."

erk. sentap.
Dush dush.

What happened to me ?

Sekali lagi.

"Kita sebenarnya takut pada takdir atau tidak percaya Allah?"

Farah Atiqah,
awak dah buat yang terbaik.

you didnt screw anything just now. You are doing just fine.
Trust Him.

He'll help.

lots of love,
Farah.


Sunday, September 29, 2013

Semut. maaf.

dengan lafaz Bismillah,
assalamualaikum. :)

So lagi 2 papers to go.
HOYEAH.

semangat.

masa berganti masa.
fikiran mula menyesakkan sel sel otak,
berfikir lebih jauh buat seketika.

Waktu sel sel otak sedang ligat berfikir,
terlihat seekor semut.

dan di atas nya ada seekor semut yang lain.
dan yg di atas nya itu, sudah mati.
laju saja semut di bawah bawa berjalan.
meskipun punya muatan di atas badannya.

argh. dia boleh buat la. Allah bg kekuatan dkt dia.

Penat meneliti si semut,
tiba tiba terasa nak menangis.

baru sedar.
Tadi, waktu baling kotak pensel.
matikan seekor semut.

dan hmmm smut diatas semut tu.
ialah semut yg mati tadi.

allah.
semut.
minta maaf.

tidak sengaja.

Teruja sebenarnya bagaimana si semut membawa kawan nya or abang nya, or ahli keluarganya yang lain di atas belakangnya.

Sel otak masih ligat bermain main.

Terfikir. hebat semut ni.
MasyaAllah.

Bila kita tadabbur sebentar ciptaan Allah swt itu.
rupanya reflect kembali.

Bila tgk semut tadi,
mula tersedar.

kita ini diibaratkan semut ini.
yang merupakan pengembara.
kita berjalan dan terus berjalan.

bila lihat dia bawa saudaranya di belakang,

Allahu. macam kita jugak.
apabila kita ucap sahaja kalimah syahadah.

kita memegang tanggungjawab yg besar.

seorang hamba, dan seorang khalifah.
@ seorang abid, dan khalifah.

semua orang di sekeliling kita perlukan kita.

bila kita berubah, orang di sekeliling turut berubah.

bila kita berkata kata, orang di sekeliling melihat kita.

bila kita berjalan, orang pandang kita juga.

Allah kata apa dekat kita ?

Allah suruh kita berjalan di muka bumi ini, lihat kesudahan orang orang yang ingkar kepadaNya.

hebat.

Kita berjalan hari ini,
kadang kadang kita lupa masih ramai yang perlukan kita.

Kita bergerak hari ini,
kita lupa...
ada ramai yang belum bergerak.

Kita tersedar hari ini,
kita lupa, masih ramai yang belum tersedar.

Tugas siapa.
kita.
setiap kita ada tugas.

Buat apa nk malu?

Allah kan ada?

Allah kata awal awal lagi dekat kita,
dah bg satu jaminan yg cukup kuat untuk kita terus berjalan.

Allah kata

"...Sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agama Allah.(agama islam). Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa." Al Hajj : 40

Jadi teruskan,
sebarkan bahagiamu.

Biar kita berbondong bondong,
ke syurgaNya.

Lots of love,
Farah.

Tuesday, September 24, 2013

Terukkah aku?

Bismillah.

Assalamualaikum :')
Esok farah final exam. Hoyeahhhhh mmg best :)
Allah, terima kasih mudahkan penerimaan ilmu :)

Dalam sibuk sibuk mencari ilmu.
Hati ini sibuk suruh bertanya

"Apa yang kau sumbangkan kpd Islam hari ni?"

Diam.
Tiada jawapan.

Hari ini,
Allah beri peluang untuk berjalan,
Hari ini juga,
Allah beri peluang untuk melihat kekuasaanNya.

Hari ini juga,
Allah beri peluang untuk saksikan,
Apa yang hamba hambaNya lakukan.

Ada yang buat hati ini tersenyum.
Ada yang buat hati ini meronta.
Ada yang buat hati ini letih.

Hati kita Allah pegang la Farah.
--

Diri ini terdiam tatkala melihat saudara seIslamku terus leka.
Mereka ini golongan yang tahu.
Golongan yang mempunyai akal.
Golongan yang mampu berfikir rasional.

Golongan yang mampu berfikir apa itu cinta.

Cinta.
Oh, cinta.
Parahnya bila cinta yang sebenar itu di salah ertikan.

Puas diri ini pujuk rayu supaya,
Bersangka baik.
Namun. ALLAHU.

Hati ini belum kuat.
Hati ini masih meronta minta jasad ini menegur.

Untuk menegur itu aku tidak kuat.

SAHABAT,
Ketahuilah,
Memiliki cinta Allah swt itu,
Akan buat dirimu lebih tersenyum,
Memiliki cinta Allah swt itu,
Akan buat dirimu menangis atas dasar takut dan rindu.

Kasihanilah hati mu,
Yang berusaha untuk kembali kpd fitrah asalnya.

Aku sebagai sahabat tidak sanggup melihat dirimu dikecewakan suatu hari nnti.

Sungguh, bila Allah swt diletakkan sbagai yang pertama di dalam hati, yang lain itu akan kembali kepada kedudukannya yang asal.

Bila cinta kepada Allah itu yang pertama,
Tiada cinta lain yang mampu menandingi.

Sahabat.
Maaf. Bukannya diri ini membenci.
Tapi..

Cukup lah.
Cukup berlakon di dalam sandiwara dunia ini.
Dirimu perlukan Allah swt.

Ingat sahabat.

Solat itu akan menjadi perkara pertama yang disoal.
Bukannya sunnah yang kau buat selama ni.
INGAT.
Solat itu tidak boleh dipermainkan.

Allahu.
Sungguh aku ingin mereka tahu..
Perasaan setelah kembali kepadaMu.
Sungguh.

Maaf sahabat.
Ilmu mu tinggi dari aku.
Sepatutnya kau lebih memahami.

Allah ada. Allah tnggu kau patah balik.

Lots of love,
FARAH.

Sunday, September 22, 2013

Flow Allah swt, cantik.

Bismillah.
Assalamualaikum. Alhamdulillah, after few days Ive been doing revisions, Ive been called to share something here. Though Im using my phone, But still the feeling of sharing in this blog wont stop me.

As a Muslim,
Bismillah :')

So, last week I attended an event held in UM. (boleh sesat oi --')
I met amazing people there, Hebat mereka ni. Monolog dalaman.

One of the panels in the first forum said to me,

"Dalam berdakwah ni, kita kena rakus. Jangan sesekali rasa selesa."

hmm. Lama Farah berfikir ayat ni. Terasa diri ini terlalu berada do zon selesa.

Sepanjang perjalanan, Alhamdulillah Allah swt jaga.

Berbekalkan tiga nasihat dari 3 orang yang hebat yg muncul dalam hidup saya,

"Musafir ilmu kena kuat." -Kak nazurah

"Selagi belum cuba, jangan putus asa." - syuhail

"Sabarlah kerana Allah, maka semuanya baik baik sahaja." - mama sayang:')

Allah swt uji dengan pelbagai bentuk, tapi hati ni kena kuat. Puas diri ini pujuk. Ada hikmah atas semua yang terjadi.

Dalam perjalanan tu, Farah jumpa pelbagai jenis ragam manusia,
Benarlah,
kadang kadang kita perlu berhijrah,
untuk melihat keadaan sekeliling kita,
untuk kita keluar dari zon selesa kita,
untuk kita lihat keadaan saudara kita di sana.

Hanya mampu melihat.
Ya. itu yang diri ini mampu.
Untuk menegur jauh sekali.

Sungguh.
Sekadar berpegang kepada prinsip,

"Sebarkan Salam, lebarkan senyuman, islam itu pasti tersebar."

Allahu. Moga Islam itu kian tersebar.

Kadang kadang ingin sahaja diri ini
menceritakan kepada mereka,
betapa indahnya saat kita kembali
mengenal Allah swt.

Tapi,
zaman era globalisasi ini,
dakwah ini tidak boleh trlalu memaksa,
dakwah kena kreatif.

Lama berfikir.
Tiket ke Melaka akhirnya dapat.
(Boleh agak la kan apa jadi -- )

6.30pm. dari seremban.
Dijadualkan.Tapi ...
7.15pm bru brtolak.

Hm.manusia.

Pengalaman menjadi musafir ilmu,
Allahu.
susah digambarkan.
hanya mampu tersenyum bila difikirkan balik.
reaksi muka di hadapan kaunter tiket.
air mata yang ditahan agar tidak mengalir jatuh.

kerana Allah itu ada, aku terus kuat.

Deactivate-kan Facebook untuk beberapa hari. dan tidak berapa betul di dalam bilik. dan akhirnya di - reactivate balik. LOL.

News feed.
isu cinta. --

Farah sama sekali tidak terkejut.
Ive been into that situation.
And I know macam mana cinta manusia itu mampu lemahkan hamba Allah swt.
mampu lekakan kita,
But one day.

Bi idznillah In shaa Allah, they'll come back.

Sejahat jahat, seteruk teruk mana pun seorang manusia itu, pasti akan ada terselit rasa di dalam hati untuk kembali kepada Allah swt.

Ada. memang ada.
Berapa kali Allah swt bagi pancaran dulu. Tapi tak pernah grab.

But.
Trust me.
bila dah grab, you will feel
"kenapalah aku tak grab dulu?"

Flow Allah swt bagi itu sangat cantik.
Tersusun kemas.

benarlah kata Afiq Sazlan,

"Kerna sunnatullah itu selalu benar."

Tak dapat ke Mesir.
Hikmah itu makin ditunjukkan.

Tak dapat ke Australia.
Hikmah itu makin dijelaskan.

Berada di Lendu.
akhirnya terjawab.

Dan bila terjawab,
diri ini trsenyum.

lantas berkata,

Terima kasih Ya Allah kerana memilih aku untuk terus berada denganMU. Kau harus ada bersamaku. Peluklah daku erat erat agar aku kuat di jalan ini.

Pesan saya,
jangan pernah ditanya kenapa dan mengapa,

Bila Allah swt tunjuk hikmahnya,
Kau sendiri akan tersenyum dan
mula menjadi excited.

Dan lagi satu,
hidayah itu satu pilihan.
Allah swt dah bagi banyak. tnggu masa kita grab.

lots of love,
assalamualaikum,
Farah Atiqah AF.

Friday, September 13, 2013

....

Assalamu'alaikum,

Alhamdulillah yeay!
Semua assignments untuk Sem ini udah diberesin sama diselesaikan.

So, Ive been waiting to update this blog actually.

 Last week I attended an event conducted by JPM,
and the invited speaker was Ustazah Fatimah Syarha.

Frankly speaking,
I was really excited when I first saw her sitting in front of me. ( I sat dekat front row. thats why)

Moral from the event.
Thank you Allah swt for everything.
 for giving me a chance to be a Muslimah.

end.



Monday, September 9, 2013

Bila Allah swt menguji.


Assalamu'alaikum wbt.
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.
Allah beri peluang untuk terus menulis di blog ini.
Allah masih beri peluang untuk menyebarkan Islam pada hari ini.
Allah beri peluang untuk terus bergelar seorang wanita.
Allah beri peluang untuk merasai nikmat yang diberikan.

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.

Ramadan sudah. Syawal pun sudah.

Hari ini kita bangun Allah swt bagi peluang untuk rasai
nikmat Islam dan Iman.
Dua nikmat yang kita perlu jaga betul betul.

Allah.
beberapa minggu ini, ujian demi ujian itu datang menerpa.
sehinggakan sesak rasanya dada ni menahan air mata.
Tidak tahu nak meluahkan perasaan nya bagaimana.
lalu,
seorang sahabat kata

"Allah sedang meninggikan darjatmu. Lalui lah dengan sabar."

Allahu rabbi. terima kasih ya Allah atas ujian itu.
Maaf kerana dalam setiap ujian itu ada terselit rasa ketidakfahaman.
ketidakpuasan hati,

assignments banyak.
group discussion yang entah nk ckp.
dan banyak lagi.

Alhamdulillah diri ini masih kuat untuk berjuang dalam jalan ini.

Sahabat yang ku rindui,
ketahuilah. bila kamu diuji,
Tanda Allah sayang, tanda Allah rindu.
Allah suka nak dengar kita mengadu.

Bila Allah diletakkan yang pertama di hati, yang lain akan kembali kepada kedudukan mereka yang asal.

Jujur Farah kata,
Boleh jadi jika Allah tak hantarkan seorang sahabat yang menegur tadi,
Farah boleh jatuh.
tapi Allah ni Maha Penyayang.
Dia bangkitkan juga Farah di saat hampir hampir putus asa,

Kita minta Allah beri kekuatan.
Allah bagi ujian.
Itu cara Allah nak bina kekuatan dalam diri kita.
cumanya kita tak sedar.

Bila Allah itu yang pertama di hati
jujur Farah katakan,
yang lain itu hanya akan mengikut rentak nya sahaja,
with hardship comes ease.
Allah dah janji setiap kesukaran itu pasti ada kemudahan.
cumanya kita ini belum sedar.

pesan farah : Put Allah swt as your first priority, In shaa Allah you will never be the last.

assalamualaikum.