|copyrightreserved | owner:FARAHATIQAHAHMADFOZEE | www.farahatiqah.blogspot.com |

Friday, September 26, 2014

Aku yang sebenar ?

Bismillah.

Melihat kelilingku mengajarku erti Islam yang sebenar.

Ada yang mengajarku soal pentingnya agama.

Ada yang mengajarku soal pentingnya berlapang dada.

Ada yang mengajarku erti mencari redha itu tidak semestinya hanya di tikar sejadah.

Ada yang mengajarku erti pentingnya sabar.

Ya, tempat baruku ternyata jauh sekali dengan tempat lamaku.

Environmentnya lebih kepada into a real world.

Ya, world.

Sungguh mengasyikkan bagi jiwa jiwa yang rapuh imannya.

Jujur kukatakan.

Setiap hari aku bermujahadah dengan diriku sendiri. 

Kerana apa.

Kerana aku juga manusia. 

Adakalanya mataku lansung tak dijaga, adakalanya hatiku turut direbak syaitan, adakalanya mulutku asyik bergelak ketawa, adakalanya tanganku bebas melakukan apa apa, adakalanya kakiku membawaku ke tempat tak sepatutnya dan macam macam lagi.

Ya. Itu aku.

Masih mencari redha Dia. 
Ku pohon rahmatNya.

Moga aku diberi hidayah melalui orang yang aku lihat, ketemu, dan begitulah sebaliknya moga aku juga merupakan salah seorang hambaNya yang terpilih untuk menjadi asbab orang lain kembali kepada fitrah.

Aku yang menulis, aku juga yang akan diuji. Moga Allah swt pelihara semuanya. ameen. 

Monday, September 22, 2014

Menjauh?

Bismillah.

Orang kata saya menjauh.
Iya ka?

Cuma Dia yang tahu bagaimana saya struggle dgn diri sendiri hari hari.

Ya.
Cuma Dia yang tahu.