|copyrightreserved | owner:FARAHATIQAHAHMADFOZEE | www.farahatiqah.blogspot.com |

Wednesday, May 22, 2013

Sahabat rindukan Rasulullah saw :')

Assalamualaikum,
phewwpheww*
makan roti canai pagi tadi, LEEN. mohon jealous :)

Bismillaahhir rahmaanir rohiim :)
hari ini kita bercerita mengenai Rasulullah saw :)
Meskipun panjang, namun, cerita ini benar benar memberi satu maksud yang mendalam,
dan Farah ambil dari buku Bilal,
rumuskan ja, SEBAB tu bahasa tidak seindah di buku.
sungguh ku rindu dirimu wahai kekasih Allah swt :'(

Taklata membaca riwayat hidup Bilal b. Rabah,
Allahu rabbi ,
Setelah Rasulullah saw wafat,
Bilal merasai satu kehilangan yang besar.
Bilal terlalu sedih, sedih sehinggakan tidak mampu menyebut nama Muhammad saw sewaktu azan,

dan di ketika berita rasulullah saw wafat,
ramai sahabat yang tidak dapat menahan rasa di hati. sedih yang teramat, rindu pada kekasih Allah swt,
rindu akan alunan ayat ayat suci Al-Quran yang dibaca oleh nya,
rindu segalanya mengenai rasulullah saw,

Di rumah Bilal,
apabila pembantu rasulullah saw, syuqran, memaklumkan bahawa rasulullah saw wafat,
dan meminta dia menghebahkan kepada orang lain,
Bilal diam,
sewaktu perjalannya ke rumah 'Aisyah itu,
dia terus memujuk hatinya, berdoa agar apa yang dikatakan oleh syuqran itu tidak benar,
dia berharap Rasulullah saw sekadar pengsan,
namun apabila dia melangkah masuk ke dalam rumah 'Aisyah,
dia terasa kehilangan, sungguh, hatinya dipaut rasa pilu ,

Di luar rumah 'Aisyah pula kelihatan Umar Al-Khattab sedang meyakinkan orang lain bahawa Rasulullah saw tidak wafat, sungguh sahabat nabi ini tidak mampu menerima kenyataan ini,
Bilal serba salah kerana dia ditugaskan untuk menghebahkan berita kewafatan itu,

Bilal bertemu Abu Bakar As-Siddiq seraya dia berkata

"Wahai Abu Bakar, saya takut hendak menghebahkan perkara sebenar kepada orang ramai kerana Umar mengancam mahu memotong kaki dan tangan siapa yang mengatakan Rasulullah saw wafat."

Abu Bakar berkata " Saya akan selesaikan hal ini."

Abu Bakar masuk ke dalam rumah 'Aisyah,
kemudian dia keluar mendapatkan Umar Al-Khattab dan orang ramai,
sewaktu itu semuanya terttumpu ke arah Abu Bakar dan Bilal,
dan di ketika itu Abu Ubaidah bersuara,

"Wahai Abu Bakar, kamu ialah orang yang dipercayai oleh Rasulullah saw sehingga digelar As-Siddiq, khabarkan lah kepada kami bagaimana keadaan Rasulullah saw,"

dan seraya itu ,semua mata tertumpu ke arah Abu Bakar,
Abu Bakar tidak berucap, dia meminta Bilal berdiri di sebelah kanannya, Abu Ubaidah di sebelah kirinya, dan Ikramah pula berdiri di belakangnya,
lalu Abu Bakar berucap,

"Demi Tuhan apa yang akan ku sampaikan ini adalah perkara yang sebenar. Aku tidak akan bercakap bohong walaupun dibunuh. hal ini disaksikan oleh Bilal dan Abu Ubaidah,"

dan di ketika itu,
Umar Al-Khattab menghunuskan pedang nya ke arah Abu Bakar dan berkata 
"Wahai Abu Bakar , jangan sekali - kali kamu mengatakan baginda wafat, pedang ini akan membetulkan lidahmu!"
Abu Bakar cuba menenangkan Umar dengan membaca ayat suci Al-Quran,

"Muhammad hanyalah seorang rasul ; sesungguhnya telah berlaku sebelumnya beberapa orang Rasul,Adakah  jika dia wafat atau dibunuh, kamu berbalik ke belakang menjadi (murtad) ?Barang siapa yang berbalik ke belakang, maka dia tidak dapat mendatangkan mudarat kepada Allah swt sedikit pun, dan Allah swt akan memberi balasan kepada orang bersyukur. " surah Ali-Imran ayat 144 :)

Sebaik sahaja mendengar kata kata Allah swt yang dibaca Abu Bakar,
Umar Al-Khattab tiba tiba menangis lalu jatuh tersungkur. barulah dia percaya Rasulullah saw benar benar wafat.
tatkala itu semuanya berlinangan air mata :/ sungguh semuanya rindu Rasulullah,
dan Bilal tidak mampu menjalankan amanatnya sebagai seorang tukang azan kerana tidak sanggup menyebut nama Muhammad saw, dia menangis,
dan orang yang mendengar turut menangis, sungguh mereka rindu Rasulullah,
Bilal terlalu rindukan Rasulullah saw sehingga dia demam demam,
Bilal terlalu rindukan Rasulullah saw melebihi rindu Umar Al-Khattab.
sungguh mereka ini sahabat sahabat yang sudah bertemu syurga Allah swt, bersama nabi di sana.
Allahu rabbi :'(
sungguh, berikanku peluang bertemu Rasulullah saw kelak :'(
rinduu :'(

sekadar boleh berkongsi :')
rindu Rasulullah saw, selawatlah :)
sungguh kita tak rugi :)

Ayat Bilal yang dipetik ketika Umar Al-Khattab cuba memujuknya untuk azan,

"Wahai Amirul mukminin, kesedihan saya ini melebihi kesedihan tuan. Tuan lahir sebagai seorang yang merdeka, berbanding saya seorang hamba. Tuan tidak pernah merasai bagaimana gembiranya seorang hamba apabila dimerdekakan, sesungguhnya Rasulullah saw membebaskan kami semua dari penghambaan. Baginda memuliakan saya di ketika orang lain menghina saya. Kemudian Rasulullah saw melantik saya sebagai tukang azan, Rasulullah saw juga mengatakan baginda mendengar bunyi hentakan sepatu saya di syruga."

mudah mudahan cerita di atas menambahkan rasa cintamu buat Rasulullah saw :)
sekadar berkongsi :)

Assalamualaikum
jaga hati jaga iman, jaga segalanya,
lots of love,

4 comments:

  1. Great job farah! Nice entry,
    Zal tgh bace kisah benar noorah, seorg kristian yg memeluk islam,
    Cite die sangat ohsem,kalau zal da hbs,
    Zal wat mcm fatiq ni...
    Keep it up,

    ReplyDelete
  2. ohhh nak tahu jgk about her:)
    tak kaji hbis sgt pasal noorah :)
    cerita tau nnti dkt blog :)

    ReplyDelete
  3. Sebak hati, kenapa hati ni x dapat nak menyayangi rasulullah sperti shabat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete