|copyrightreserved | owner:FARAHATIQAHAHMADFOZEE | www.farahatiqah.blogspot.com |

Monday, August 19, 2013

AMAN yang macam mana kamu inginkan?

Assalamu'alaikum,
Alhamdulillah Allah swt beri peluang untuk menulis.

Alhamdulillah selesai sudah tamrin di sini.
Ukhuwah makin erat.

Bila berbicara soal ukhwah,
terdiam. 
Bila berbicara soal ukhwah juga,
mampu mengalirkan air mata.

Kenapa?
Sebab ukhwah ini satu janji dalam hati.
kita bertemu dan berpisah kerana Allah swt.

Ukhwah ini perlu.
PERLU. 
PERLU.

mereka yg menggerakkan kita untuk trus kuat dalam perjuangan.

-end about ukhwah. - 

Hari ini kita lihat Mesir,
sayu hati ini bila berbicara soal negara itu.
hari ini kita lihat Syria,
menangis mata ini membayangkan mereka.
Hari ini kita lihat Palestin,
Bila lagi engkau akan bebas wahai negara islam.

Allah swt beri peluang mereka jihad menentang musuh.
Mereka itu perindu syahid.
mereka itu orang yang tak takut mati.
mereka itu orang yang tahu Islam itu bakal menang.

Mereka itu mujahid dan mujahidah.
Mereka itu sudah mampu keluar dari rumah untuk berjihad,
belum tentu pulang ke rumah,
syahid menjadi buruan mereka.
Kita?

Belum nampak.
masih dalam mimpi yang jelas kita sendiri yg meng-create kan mimpi tu.
Kita masih belum sedar.
terlalu berbicara soal tulang rusuk kiri,
lupa ada saudara saudara Islam kita di negara lain yg memerlukan bantuan,
Kita lupa mereka itu saudara kita juga,
Kita kata tak perlu nk tahu semua tu,
negara kita aman.

sungguh.
Alhamdulillah negara ini aman.
tapi aman yang macam manakah yang kita nak sebenarnya?

aman tapi rakyatnya tidak solat?
aman tapi rakyatnya terus melakukan maksiat?
aman yang rakyatnya mengaku Islam tapi tidak mengamalkan Islam?

AMAN YANG MACAM MANA KAMU KATAKAN?
AMAN YANG MACAM MANA KAMU INGINKAN?

sampai bila harus duduk di bawah selimut?
KELUAR DARI SELIMUT ITU.
mereka di sana perlukan kita.

kalau tidak mampu beri bantuan,
CUKUP sekadar berdoa tidak putus putus,
Allah swt itu MAHA MENDENGAR.

jangan lupa itu,
Allah swt yang turunkan ujian ke atas mereka di sana itu SAMA 
dengan Allah swt yang turunkan ujian untuk kita yang aman di sini.

Tidak pernah berubah.

INGAT!

Islam itu akan kembali bersinar seperti api yg membara,
sekejap sahaja lagi,
kembalilah kepada fitrah asalmu.
bantu Islam menang.

assalamu'alaikum.
maaf andai terkurang.
lots of love,

No comments:

Post a Comment