|copyrightreserved | owner:FARAHATIQAHAHMADFOZEE | www.farahatiqah.blogspot.com |

Sunday, September 29, 2013

Semut. maaf.

dengan lafaz Bismillah,
assalamualaikum. :)

So lagi 2 papers to go.
HOYEAH.

semangat.

masa berganti masa.
fikiran mula menyesakkan sel sel otak,
berfikir lebih jauh buat seketika.

Waktu sel sel otak sedang ligat berfikir,
terlihat seekor semut.

dan di atas nya ada seekor semut yang lain.
dan yg di atas nya itu, sudah mati.
laju saja semut di bawah bawa berjalan.
meskipun punya muatan di atas badannya.

argh. dia boleh buat la. Allah bg kekuatan dkt dia.

Penat meneliti si semut,
tiba tiba terasa nak menangis.

baru sedar.
Tadi, waktu baling kotak pensel.
matikan seekor semut.

dan hmmm smut diatas semut tu.
ialah semut yg mati tadi.

allah.
semut.
minta maaf.

tidak sengaja.

Teruja sebenarnya bagaimana si semut membawa kawan nya or abang nya, or ahli keluarganya yang lain di atas belakangnya.

Sel otak masih ligat bermain main.

Terfikir. hebat semut ni.
MasyaAllah.

Bila kita tadabbur sebentar ciptaan Allah swt itu.
rupanya reflect kembali.

Bila tgk semut tadi,
mula tersedar.

kita ini diibaratkan semut ini.
yang merupakan pengembara.
kita berjalan dan terus berjalan.

bila lihat dia bawa saudaranya di belakang,

Allahu. macam kita jugak.
apabila kita ucap sahaja kalimah syahadah.

kita memegang tanggungjawab yg besar.

seorang hamba, dan seorang khalifah.
@ seorang abid, dan khalifah.

semua orang di sekeliling kita perlukan kita.

bila kita berubah, orang di sekeliling turut berubah.

bila kita berkata kata, orang di sekeliling melihat kita.

bila kita berjalan, orang pandang kita juga.

Allah kata apa dekat kita ?

Allah suruh kita berjalan di muka bumi ini, lihat kesudahan orang orang yang ingkar kepadaNya.

hebat.

Kita berjalan hari ini,
kadang kadang kita lupa masih ramai yang perlukan kita.

Kita bergerak hari ini,
kita lupa...
ada ramai yang belum bergerak.

Kita tersedar hari ini,
kita lupa, masih ramai yang belum tersedar.

Tugas siapa.
kita.
setiap kita ada tugas.

Buat apa nk malu?

Allah kan ada?

Allah kata awal awal lagi dekat kita,
dah bg satu jaminan yg cukup kuat untuk kita terus berjalan.

Allah kata

"...Sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agama Allah.(agama islam). Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa." Al Hajj : 40

Jadi teruskan,
sebarkan bahagiamu.

Biar kita berbondong bondong,
ke syurgaNya.

Lots of love,
Farah.

No comments:

Post a Comment