|copyrightreserved | owner:FARAHATIQAHAHMADFOZEE | www.farahatiqah.blogspot.com |

Friday, November 29, 2013

Senyuman di wajah Rasulullah saw.

Bismillah.

Baru week pertama tapi jiwa mula meronta.

minta dikembalikan kepada Dia.

Allah.

merungut yang sangat sangat banyak.
Hampir terlupa dengan namanya ujian dan nikmat.

Hampir terlupa erti syukur.
Hampir terlupa akibat marah.
Hampir terlupa erti bahagia.
Hampir terlupa ada berita gembira.
Hampir terlupa diri ini musafir ilmu.
Hampir terlupa diri ini hamba.

Hamba. Bila namanya hamba,
layak diuji.

Matahari bersinar memberi cahaya.
Memberi nikmat.

Diri ini masih merungut.
Allah.

Sampailah hari keempat di sini.

Dalam kelas.
Allah hadirkan satu perasaan sayu dalam hati.

Berlinang air mata.
Teresak-esak.

Allah ada dengan aku rupanya.
Tak jauh, dekat.
sekadar memerhati diriku.

Dilepaskan segalanya hari itu.

Alhamdulillah. Semangat itu kian hadir.

Ah, malaikat penjaga ada bersama. :)

Oh bahagianya perasaan ini.
Terlalu sukar diluahkan dengan kata kata mahupun tulisan.

dan Alhamdulillah,
Allah mudahkan group discussion and everything.

dan Alhamdulillah,
Allah pertemukan dengan seorang gadis di perpustakaan.

Allah.
Sungguh cantik perancanganMu.

kata kata gadis itu,
membuat diri ini semakin merasai Kau ada denganku.

Tidak jauh tidak dekat.

tapi LEBIH LEBIH dekat.
Allah. Terima kasih.

satu hari tersenyum selepas satu hari berduka.

sampai di kolej,
diberikan khabar gembira.

"Tadi Nur(bukan nama sebenar) kata lepas ni kalau ada usrah, ajak lah I'll try my very best to go."

Phewww berlinang lagi air mata.
Bahagia.
itu yang dapat dirasai.

Moga Kau mudahkan segalanya. :)

Ingin sekali diri ini mengajak orang lain bertemu diriMu.

kerana perasaan ini sukar diluahkan.

Harus dirasai.

Satukanlah hati hati ini.
Satukanlah jiwa jiwa kental ini.
Berikan kami kekuatan.

Supaya dengan usaha ini,
bisa menemuiMu,

supaya dengan usaha ini,
Terukir senyuman Rasulullah saw,

Supaya dengan usaha ini,
Malaikat meraikan di sana,

supaya dengan usaha ini,
Kau tidak akan berpaling dariku,

Supaya dengan usaha ini,
Rasulullah saw akan berkata 'Dia umatku'.

Supaya dengan usaha ini,
Al-quran turun memberi syafaat.

Supaya dengan usaha ini,
AgamaMu ini tersebar.

In shaa Allah.

Lots of love,
Farah.

No comments:

Post a Comment