|copyrightreserved | owner:FARAHATIQAHAHMADFOZEE | www.farahatiqah.blogspot.com |

Monday, September 9, 2013

Bila Allah swt menguji.


Assalamu'alaikum wbt.
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.
Allah beri peluang untuk terus menulis di blog ini.
Allah masih beri peluang untuk menyebarkan Islam pada hari ini.
Allah beri peluang untuk terus bergelar seorang wanita.
Allah beri peluang untuk merasai nikmat yang diberikan.

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.

Ramadan sudah. Syawal pun sudah.

Hari ini kita bangun Allah swt bagi peluang untuk rasai
nikmat Islam dan Iman.
Dua nikmat yang kita perlu jaga betul betul.

Allah.
beberapa minggu ini, ujian demi ujian itu datang menerpa.
sehinggakan sesak rasanya dada ni menahan air mata.
Tidak tahu nak meluahkan perasaan nya bagaimana.
lalu,
seorang sahabat kata

"Allah sedang meninggikan darjatmu. Lalui lah dengan sabar."

Allahu rabbi. terima kasih ya Allah atas ujian itu.
Maaf kerana dalam setiap ujian itu ada terselit rasa ketidakfahaman.
ketidakpuasan hati,

assignments banyak.
group discussion yang entah nk ckp.
dan banyak lagi.

Alhamdulillah diri ini masih kuat untuk berjuang dalam jalan ini.

Sahabat yang ku rindui,
ketahuilah. bila kamu diuji,
Tanda Allah sayang, tanda Allah rindu.
Allah suka nak dengar kita mengadu.

Bila Allah diletakkan yang pertama di hati, yang lain akan kembali kepada kedudukan mereka yang asal.

Jujur Farah kata,
Boleh jadi jika Allah tak hantarkan seorang sahabat yang menegur tadi,
Farah boleh jatuh.
tapi Allah ni Maha Penyayang.
Dia bangkitkan juga Farah di saat hampir hampir putus asa,

Kita minta Allah beri kekuatan.
Allah bagi ujian.
Itu cara Allah nak bina kekuatan dalam diri kita.
cumanya kita tak sedar.

Bila Allah itu yang pertama di hati
jujur Farah katakan,
yang lain itu hanya akan mengikut rentak nya sahaja,
with hardship comes ease.
Allah dah janji setiap kesukaran itu pasti ada kemudahan.
cumanya kita ini belum sedar.

pesan farah : Put Allah swt as your first priority, In shaa Allah you will never be the last.

assalamualaikum.


1 comment:

  1. Allahu , fatiq jzkk for this sharing . it do helps me too alhamdulillah .

    bahagialah duhai hati saat diuji .

    may Allah shower you with His love insyaAllah (:

    ReplyDelete